Hiburan

Kembali Bergelar Duda, Radhi OAG Sah Ceraikan Ayu Dengan Talak 1

gempak
Syafiqah Jalal
16/07/2019
05:00 MYT
Sponsor Banner
Kembali Bergelar Duda, Radhi OAG Sah Ceraikan Ayu Dengan Talak 1
Vokalis kumpulan OAG, Radhi atau nama sebenarnya, Muhammmad Radhi Razali, 41, dan isterinya Nur Shahira Ayu Zahiri, 25, akhirnya sah bercerai talak satu.
Perceraian mereka disahkan oleh Hakim Syarie, Husaini Roslin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pagi tadi.
Semasa prosiding, Radhi telah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat pada 25 Mac lalu.
Terdahulu, Radhi pada awalnya tidak mengingati lafaz cerai yang dibuat pada 25 Mac 2019, tetapi hari ini menukar kenyataan dan mengakui menceraikan isterinya itu pada jam 4.20 pagi, hari yang sama.
BACA: "Radhi Sudah Melafazkan Cerai Terhadap Saya Pada 25 Mac Lalu" - Isteri
BACA: "Tak Ingat Sebut Lepaskan Atau Ceraikan" - Radhi OAG Diperintah Buat Sumpah Nafi
Sebelum ini, Ayu memaklumkan kepada mahkamah bahawa suaminya telah melafazkan talak di rumah mereka jam 4.20 pagi pada 25 Mac lalu selepas berlaku pertengkaran mulut di antara pasangan itu.
Ayu memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya pada 3 Jun lalu mengikut Seksyen 57 Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Pasangan tersebut bernikah pada 14 April 2014 dan telah dikurniakan dua orang anak iaitu Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3.
Sebelum ini, Radhi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 sebelum berpisah pada 8 Jun 2010 dan dikurniakan seorang anak, Muhammad Rifdi Muslim, 14.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024