Bekas pengacara HLive, Eleena Sui mendedahkan dia sudah kembali melibatkan diri dalam bidang lakonan.

Menurut Eleena, watak yang dipegangnya untuk kemunculan semula ini berbeza berbanding karakter yang pernah dijayakan.

Selain menjadi pengacara, Eleena pernah popular dengan watak antagonis menerusi drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot yang menampilkan Fattah Amin dan Neelofa sebagai teraju utama.

"Hi assalamualaikum semua, tak jawab dosa ya. Hihihi.

"So hari ni hari kedua Eleena shoot untuk telemovie #sulamankasih berkisahkan tentang kasih sayang seorang nenek berketurunan baba nyonya," kata Eleena.

Teruja kembali berlakon, Eleena juga berharap mendapat dorongan daripada peminat untuk menyokong kerjaya seninya.

"Feeling so excited to balik kampung Eleena di Melaka untuk shoot Sabtu dan Ahad nanti.

"I hope you all support ya Eleena buat comeback and this time around bukan watak antagonist, like I always had. Love you all and good night," tulisnya.

Berita gembira itu dikongsi menerusi akaun Instagram miliknya.

Terdahulu, Eleena, 27, terpaksa mengorbankan kerjaya seninya demi berhijrah mengikuti suami, Ahmad Faisya Datuk Mohd Bustaman, 33, ke luar negara.

Eleena dan suami mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2017 di Restoran Terapung D' Saji Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Hi, Assalamualaikum semua, tak jawab dosa ya. Hihihiiii. So hari ni hari kedua Eleena shoot untuk telemovie #sulamankasih , berkisahkan tentang kasih sayang seorang nenek berketurunan baba nyonya. Feeling so excited to balik kampung Eleena di Melaka untuk shoot sabtu dan ahad nanti. I hope you all support ya Eleena buat comeback and this time around bukan watak antagonist, like i always had. Love you all and good night. ?

A post shared by Eleena Sui (@eleena.sui) on