,
Hiburan

Kembali Berpurdah, Letak Semula Status 'Mother Of Two' - Hana Azraa Sudah Berbaik Dengan PU Abu?

Zulaikha Yusof
25/09/2019
05:03 MYT
Isteri kepada pendakwah bebas PU Abu Sufyan, Hana Azraa telah memuat naik sekeping foto berpurdah di laman Instagram (IG) miliknya.
Foto itu menunjukkan Hana menggayakan selendang berwarna 'turquoise' bersama jubah di sebuah pusat membeli-belah.
"Hidup adalah sebuah ujian. Jika Allah menjawab doa doamu bererti Allah ingin meningkatkan keimananmu.
"Jika Allah menunda doamu bererti Allah ingin meningkatkan kesabaranmu. Jika Allah tidak menjawab doamu maka yakinlah bahawa Allah memiliki sesuatu yan lebih baik buatmu," tulisnya sebagai kapsyen.
Tindakannya kembali memakai purdah telah menimbulkan persoalan kepada pengikutnya serta mengundang kecaman.
Namun, terdapat segelintir pengikut yang bersikap positif dan menerima perubahan tersebut dengan hati terbuka.
Hasil pemerhatian Gempak, menerusi kemas kini terbaharu pada keterangan bio Instagram Hana, dia meletakkan keterangan 'Mother Of Two' (ibu kepada dua orang anak).
Terdahulu, Hana meletakkan status 'Single Mommy' (ibu tunggal) selain turut meletakkan sekeping foto dirinya tidak berpurdah lagi dan ia menjadi tanda tanya ramai pihak.
BACA: Buka Purdah, Status 'Single Mommy' Isteri PU Abu Cetus Tanda Tanya?
Hana pernah mendedahkan hubungannya dan PU Abu sudah ibarat telur di hujung tanduk dan dalam proses perceraian.
Namun, perkara itu dinafikan Abu dan menjelaskan hubungan mereka masih berlangsung sebagai suami isteri.
PU Abu dan Hana yang berstatus janda anak satu telah mendirikan rumah tangga pada Mei lalu.
Kisah rumah tangga PU Abu menjadi perhatian umum apabila bekas isterinya, Ain 'Afini mendedahkan telah diceraikan suaminya selepas memilih untuk bernikah dengan Hana.
PU Abu bernikah dengan Ain pada 31 Ogos 2018 namun menceraikan isterinya yang sedang hamil itu pada 13 Mac lalu menerusi aplikasi WhatsApp.
Konflik mereka selesai apabila jatuhnya talak pada 16 Mei lalu.
PU Abu dan Ain dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bukti Rumah Tangga Masih Teguh, PU Abu Sufyan & Hana Azraa Timang Bayi Kedua

gempak
12/03/2024
00:50 MYT
Tahniah PU Abu & Hana!
Laman Utama

Tak Sampai 2 Bulan Beri Bayangan Mahu Berpisah, Netizen Syak Isteri Kedua PU Abu Hamil

gempak
26/12/2023
00:55 MYT
Betul ke?
Laman Utama

Hana Azraa Buat U-Turn, Pilih Untuk Terima Kembali PU Abu - “Saya Jadi Trauma Sebenarnya…”

gempak
02/06/2023
03:52 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

“Doktor Cari ‘Korek’…”- Hamil Bersama Alat IUCD, Isteri PU Abu Terpaksa Melalui Proses Keluarkannya Tanpa Bius!

gempak
22/02/2023
04:16 MYT
Isteri PU Abu Terpaksa Melalui Proses Keluarkan IUCD Tanpa Bius!
Laman Utama

Hana Azraa Minta PU Abu Berhenti ‘Merajakan’ Emosi - “Kisah Rumah Tangga Kita Dah Lama Berakhir…”

gempak
16/01/2023
00:55 MYT
Semoga ada jalan penyelesaian...
Unitar