HIBURAN

Kembali Dengan Konsert Jelajah ‘Deadline’, BLACKPINK Singgah Indonesia, Singapura, & Thailand! Malaysia Macam Mana?

Asyraf Roslan 27/05/2025 | 04:25 MYT
Kumpulan Kpop sensasi dunia, BLACKPINK bakal kembali mengegarkan dunia menerusi konsert jelajah terbaru mereka iaitu Deadline.
Ini merupakan gabungan semula kumpulan yang dianggotai oleh Lisa, Rose, Jennie dan Jisoo selepas hampir setahun memberi fokus kepada karier solo masing-masing.
Menerusi perkongsian di Instagram rasmi mereka, kumpulan yang popular dengan lagu Kill This Love itu difahamkan akan terbang ke 16 buah lokasi.
Bakal membuka tirai di Stadium Goyang, Korea, BLACKPINK akan meneruskan perjalanan mereka ke beberapa buah lokasi lain antaranya New York, Paris, Milan, Thailand, Indonesia dan Singapura.
Bagaimanapun, Malaysia tidak tersenarai dalam jadual jelajah kali ini.
BLACKPINK pernah beraksi di Malaysia dalam sebuah konsert kali pertama pada 23 dan 24 Februari 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam.
Kemudian hadir sekali lagi untuk 'Born Pink World Tour' yang mengegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun 2023.
#Blackpink #World Tour #Deadline