Watak Anita yang dibawa menerusi sitkom Puteri dan Dunia Anita meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri tuan empunya nama, Siti Fazurina.
Masakan tidak, apabila berita mengenai Puteri Reunion diumumkan penerbitannya, ramai yang tidak sabar untuk melihat Fazurina untuk kembali beraksi membawakan watak tersebut di layar kaca.
Ditanya ke manakah dia menghilang selama ini selepas Puteri dan Dunia Anita ditamatkan siaran, Fazurina, 40, berkata, dia tidak ‘hilang’ seperti yang difikirkan orang. Cuma, wanita yang berasal dari Kuala Lumpur itu banyak menghabiskan masa di belakang tabir.
“Tak pernah hilang, cuma saya banyak melakukan kerja di belakang tabir. Ketika itu, saya ada produksi sendiri, saya buat joint venture dengan produksi lain dan juga menulis skrip. Bukan apa, kerja-kerja ini untuk masa depan juga.
“Tapi sejak kebelakangan ini, banyak juga saya terima tawaran berlakon. Disebabkan kita ni bermula sebagai pelakon, jadi rasa rindu nak beraksi depan kamera memang ada. Sekarang ni lepas selesai rakaman Puteri Reunion, saya mahu aktif kembali,” katanya Gempak.
Disoal apakah rahsia menjadikan dirinya masih diingati sehingga kini, Fazurina berkata: “Mungkin pelakon zaman dulu bermula dari bawah. Kita tambah ilmu lakonan dengan banyak belajar daripada pelakon dan pengarah hebat.
“Dari situ kita bina chemistry. Kalau berlakon sebagai sahabat, maka bersahabatlah kita di luar. Kita bukan berlakon untuk populariti. Macam kata-kata seorang pelakon terkenal dari Indonesia, ‘Menjadi bintang itu gampang (mudah), menjadi aktor itu susah’.
“Sebab sesiapa pun boleh jadi bintang sekarang, viral sikit boleh jadi bintang. Tapi menjadi seorang aktor yang akan diingat dan dikenang, seseorang itu perlu sentiasa belajar menghormati dan stay humble,” katanya.
Dalam pada itu, Fazurina turut berasa teruja memandangkan Puteri Reunion bakal disiarkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.
“Alhamdulillah chemistry dengan pelakon-pelakon lain masih ada. Macam tak percaya kembali untuk memakai ‘baju’ Anita kembali sebba tertanya sendiri, masih relevan ke? Tapi jujurnya rasa terharu kerana selain peminat yang tak sabar, rakan-rakan artis pun ada yang tak sabar nak tengok kami,” katanya lagi.
Izwan Isa
Fri Apr 01 2022

.jpg?ext=.jpg)
"Saya Wanita Paling Bertuah Dalam Dunia" - Lindsay Lohan Kahwini Jejaka Arab?
Lindsay Lohan telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka berketurunan Arab, Bader Shammas.

Nelydia Senrose, Suami Tunai Haji - "Ini Anugerah Allah Paling Agung Buat Kami"
Semoga beroleh haji mabrur!
![[VIDEO] “Saya Harap Adele Panggil Saya ... - Siti Nurhaliza [VIDEO] “Saya Harap Adele Panggil Saya ... - Siti Nurhaliza](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/tokti-adele-header.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Saya Harap Adele Panggil Saya ..." - Siti Nurhaliza
Mesti seronok tengok dekat-dekat
.jpg?ext=.jpg)
Syahmi Sazli Sambut Cahaya Mata Kedua, Namakan Khabib Umar
Tahniah Syahmi Sazli
.jpg?ext=.jpg)
Genap Setahun RR Mono Scarves, Rizman Ruzaini Perkenal Tujuh Wajah Muse
Tahniah Rizman Ruzaini
.jpg?ext=.jpg)
Intan Najuwa ‘Payung’ Gambar Berbaju Seksi, Netizen – “ Jangan Sampai Naikkan ..."
Intan Najuwa payung gambar seksi?

Takut & Mahu Turun, Kanak Kanak Tekan Butang Kecemasan Rollercoaster Yang ‘Tergantung’
Suasana panik tercetus di sebuah taman tema yang terletak di Timur China apabila sebuah rollercoaster yang sedang bergerak tiba tiba berhenti.
.jpg?ext=.jpg)
Dato Lee Chong Wei Harap Raketnya Bawa 'Ong' Kepada Tze Yong Teruskan Legasi
Untung nya Ng Tze Yong
_1.jpg?ext=.jpg)
Rizky Billar, Lesti Kejora Batal Kerjakan Haji
Pasangan tersebut bagaimanapun terpaksa menolak jemputan menunaikan haji kerana kekangan kerja.

"Income Dari Mana? Shopping Mengalahkan Anak Tan Sri" - Netizen Tanya Elfira Loy
Biar la duit suami dia