Hiburan
Kembali Gegarkan China, Shila Amzah Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak – “Akhirnya Saya Buat Ini Untuk Keluarga Saya..."
Penyanyi Shila Amzah mengakui terpaksa berkorban masa dengan keluarga apabila kembali menyertai sebuah pertandingan realiti nyanyian di China iaitu 'Singing With Legends' musim keenam.
Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, dia akan banyak menghabiskan masa dalam penerbangan sepanjang berulang-alik dari Malaysia ke China.
Ulang Alik Malaysia-China
“Bulan Ogos, September dan Oktober adalah bulan sibuk bagi kami.
“Dari Shanghai, Wuxi ke Malaysia, kemudian Malaysia ke Bali, Malaysia ke Beijing, ke Fujian, dan kembali semula ke Malaysia dan Shanghai.
Advertisement
“Memang seminggu dalam 3 ke 4 hari juga dan saya akan terbang lagi untuk perjalanan singkat,” kongsinya.
Rindu Anak-Anak
Biarpun terpaksa berjauhan, pelantun lagu Khilaf Asmara itu bersyukur apabila anak lelakinya, Seth Uwais sangat memahaminya dan sudah tahu membuat panggilan video.
Namun, Shila mengakui terbit rasa rindu dengan puteri bongsunya yang baru lahir iaitu Rhea Akira.
“Sebab itu kalau tiada keperluan saya tak keluar rumah langsung semata nak bersama dengan anak-anak.
“Itulah terpaksa berkorban. Tapi Alhamdulillah anak lelaki saya, Seth dah faham. Dia pun dah pandai buat panggilan video.
“Rhea la, kita yang rindu bau masam dia.
“At the end of the day, saya buat untuk ini untuk keluarga saya Lillahitaala,” luahnya.
Untuk rekod, Shila sebelum ini pernah menjuarai program nyanyian 'Asian Wave' pada tahun 2012 dan menyertai pertandingan 'I Am A Singer'.
Shila mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh Ubaidillah pada Ogos tahun lalu dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Shila juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Edraki pada 2018 namun berpisah pada Februari 2022.
Mereka dikurniakan seorang cahaya maya lelaki iaitu, Seth Uwais, 5 tahun.
Must-Watch Video