Laman Utama

Kembali Jadi Ibu, Siti Nurhaliza Beri Khabar: "Alhamdulillah...Anakanda Saya Sudah Lahir Ke Dunia"

gempak
Maliah Surip
20/04/2021
21:50 MYT
Sponsor Banner
Kembali Jadi Ibu, Siti Nurhaliza Beri Khabar: "Alhamdulillah...Anakanda Saya Sudah Lahir Ke Dunia"
Sehari selepas selamat melahirkan anak keduanya kelmarin, Datuk Siti Nurhaliza mengemas kini akaun Instagramnya dengan sekeping foto bersama sebuah pesanan buat tatapan seluruh rakyat Malaysia betapa hatinya bahagia diberi peluang kembali menjadi seorang ibu.
Siti, 42, melahirkan anak keduanya yang merupakan seorang bayi lelaki secara pembedahan.
Bersama foto yang menampilkan tangan mongel si kecil memegang erat jarinya itu, penyanyi Ana Permana tersebut mengucapkan kata syukur kerana proses kehamilan sehingga melahirkan berjalan dengan lancar.
"Alhamdulillah...Allah melapangkan satu lagi nikmat dan peluang untuk saya merasai kehamilan, melahirkan dan kini 'anakanda' saya sudah lahir ke dunia.
"Alhamdulillah...proses melahirkan semalam baik dan lancar," tulis isteri Datuk Khalid Mohd Jiwa itu.
Penyanyi itu kemudian memberi khabar terkini dirinya dan cahayamata yang baru melihat dunia.
"Saya dan bayi juga dalam keadaan baik," katanya lagi.
Dalam muat naik yang sama, Siti berterima kasih kepada semua pihak yang banyak mendoakannya.
Beliau juga mengatakan akan menjalani rutin berpantang seperti biasa sekaligus memberi fokus kepada anakandanya yang baru dilahirkan.
"Saya akan menjalani rutin berpantang seperti biasa, fokus kepada bayi dan mahu memastikan keadaan kami berdua akan terus sihat, dipermudahkan semuanya.
"Terima kasih sekali lagi di atas setiap doa yang telah dipanjatkan buat saya dan juga ucapan tahniah di atas kelahiran anak kedua saya," akhirinya.
Siti sudah memiliki seorang anak perempuan yang kini berusia tiga tahun, Siti Aaafiyah. Sama seperti Aafiyah, bayi lelaki yang belum diberi nama ini juga melalui kaedah tabung uji atau IVF dan dilahirkan secara pembedahan.
Instagram: @ctdk, ashrafkhalid
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live