Penyanyi popular Hollywood, Jason Mraz kembali membuat persembahan kali ketiga di Kuala Lumpur menerusi konsert Jason Mraz Good Vibes Tour in Kuala Lumpur yang berlangsung malam ini.

Konsert tersebut diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam ini.

Menurut Jason, dia berasa tidak sabar dan sangat teruja untuk membuat persembahan kali ketiga selain dapat menggembirakan hati peminatnya di negara ini.

“Saya berasa terharu kerana peminat di Malaysia sangat mengalu-alukan kedatangan saya. Ini membuatkan saya berasa sangat gembira dan teruja untuk menghiburkan peminat malam ini.

"Mereka sangat mesra dan sokongan yang diberikan kepada saya amat luar biasa.

"Saya selalu membaca komen mereka di media sosial. Mereka ada meluahkan hasrat untuk melihat saya kembali membuat persembahan di Kuala Lumpur.

“Bagi saya ini merupakan undangan istimewa kepada saya dan sebagai hadiah buat peminat di Malaysia," katanya ketika ditemui Gempak.

Jason ditemui di sidang media konsert Jason Mraz Good Vibes Tour in Kuala Lumpur yang berlangsung di Axiata Arena sebentar tadi.

Kepada anda yang telah membuat pembelian tiket, jumpa anda di sana!