BERITA
Kembali Kurus Sebelum Habis Pantang, Peminat Kagum Dengan Siti Sairah
Selepas melahirkan bayi perempuan pada 13 Disember lalu, penyanyi Siti Sairah dilihat tampil dengan tubuh yang kembali kurus.
Foto terbaharunya mendapat perhatian netizen yang rata-rata kagum dengan bentuk badan Sairah yang dilihat kurus lebih cepat iaitu sebelum habis berpantang.
Malah ada diantara pengikutnya meminta adik kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi rahsia kembali langsing.

Pada 13 Disember lalu, Sairah melahirkan bayi keempatnya selepas berkahwin dengan Mohd Sharidan pada 24 Februari 2018.
Terdahulu, Sairah pernah berkahwin dengan Saiful Anuar pada 27 Oktober 2010 namun berpisah empat tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak, Ummi Umairah, 7, Ahmad Daiyan, 6, dan Ahmad Aisy, 4.