Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kembali Menjadi Isteri, Noryn Aziz; "Alhamdulillah"

Maliah Surip
14/10/2020 03:15 MYT
Penyanyi Noryn Aziz yang dilaporkan selamat menikah semalam hanya memberi jawapan ringkas saat Gempak meminta pengesahan mengenai khabar bahagia tersebut.

BACA: Noryn Aziz Selamat Menikah?

"Alhamdulillah," balas juara Gegar Vaganza 5 itu pada kiriman WhatsApp yang dihantar Gempak kepadanya yang menghantar ucapan tahniah.

Noryn selamat disatukan dengan seorang usahawan, Shaik Rizal Shaik Sulaiman sebagai suami isteri dalam majlis tertutup yang diadakan Selasa malam.

Sebelumnya, lewat malam semalam, foto dirinya menggenakan busana pengantin dari rekaan Rizman Ruzaini dan disolek oleh jurusolek Sheila Mohamad di muat naik di akaun Sheila iaitu @sheila_mohamad.

Bersama dua keping foto yang dimuat naik, Sheila mengucapkan tahniah dan menuliskan kalimat pernikahan.

Menerusi akaun rasmi pereka fesyen @rizmanruzaini, beliau turut memuat naik dua keping foto yang sama dengan menuliskan Noryn memakai busana dari koleksi pengantin Rizman Ruzaini.

Malah penata gaya Tym Fatimah menerusi Insta Storynya menuliskan terkejut saat dihubungi penyanyi itu pada sebelah pagi dan meminta dirinya membantu untuk majlis akad nikah yang bakal diadakan pada sebelah malam.

"Terkejut, tergempaq. Dia call pagi nak suruh siapkan dia nikah malam ini," tulis Tym Fatimah.



Noryn sebelum ini pernah bernikah dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan berpisah pada tahun 2018.

Hasil pernikahan mereka, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Raja Bariq Umar Shah.

Instagram: @sheila_mohamad, @rizmanruzaini, @tymfatimah, shaik rizal
#Nikah #Noryn Aziz #GV5
;