Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Kembali Sambut Syawal Sebagai Isteri, Elly Mazlein Bahagia Raya Bersama Suami

Kamaruddin Razal 04/06/2020 | 11:23 MYT
Pelakon, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein gembira kerana dia dapat kembali menyambut Syawal dengan status sebagai seorang isteri.
Selebriti yang mesra dengan nama panggilan Kak Lina ini meraikan kehadiran lebaran dengan meriah bersama bapa, anak dan suami, Mohammad Azlan Che Noh, 30, yang dinikahinya pada 18 Januari lalu.
"Alhamdulillah, menjadi impian setiap insan untuk merayakan Syawal yang mulia dengan keluarga lengkap.
"Saya rasa sangat teruja dan seronok mereka yang pernah berkeluarga untuk menyambut Aidilfitri dengan kehadiran famili yang sempurna.
"Saya bersyukur dengan peluang yang Allah berikan. Alhamdulillah," katanya.
Tambahnya Elly lagi, perjalanan kerjayanya dalam bidang seni juga semakin mudah selepas berkahwin.
"Suami memang menyokong kerjaya saya. Saya juga gembira kerana tawaran tidak putus.
"Minggu pertama Syawal saya dimeriahkan dengan kehadiran tawaran untuk mengacarakan program Mega Raya Ria di Astro Ria. Alhamdulillah, semuanya rezeki dan saya sangat bersyukur dengan limpahan kurnia dari Allah," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Elly bakal memasuki set penggambaran drama bersiri Kampung People yang memasuki musim kedua.
#Elly Mazlein #Kak Lina Pom Pom
;