Penyanyi Nourul Depp mendedahkan dirinya kini kembali aktif dengan sukan menunggang kuda yang telah ditinggalkan sejak lima tahun lalu.

Kongsi Nourul, kecintaannya dalam aktiviti berkuda mendorongnya memasuki pertandingan sebelum ini.

"Saya kembali selepas lima tahun. Suka sangat kuda. Mula riding dulu dalam chapter kedua hidup kami tahun 2007.

"Kami suka sangat. Sampai masuk pertandinganlah. Jumping, dressage, tapi setakat tu ja lah. Main-main.

"Pengalaman yang menakjubkan. Horse riding mengajar disiplin dan komitmen.

"Teringa lagi masa kami (saya) rajin menunggang dulu, hampir setiap hari di kandang kuda Seri Kembangan. Sampai dah tahu groom kuda!" kongsinya di Instagram.



Bagaimanapun, dedah Nourul dia pernah dihimpit dengan spekulasi tidak enak ketika dirinya aktif dengan sukan lasak itu.

"Terlalu suka kuda, mengundang juga pelbagai spekulasi. Ada hubungan dengan kerabat raja, ada sugar daddy. Tak bagus. Kuda itu judi, dan macam-macam lagi.

"Manusia suka komen walaupun depa tak tahu apa. Tapi hidup saya ni tak bergantung pada pandangan orang tapi diri sendiri.

"Aktiviti berkuda adalah aktiviti terbaik untuk kesihatan dan tubuh badan. Ada masalah lemak di inner thighs, buat aktiviti menunggang kuda selain sunni squat," tambah Nourul lagi.