Sebuah drama bersiri di bawah Gempak Original Series, Ex Aku Pontianak telah menemui penonton dengan episod terakhir pada malam tadi.
Drama bergenre komedi seram ini menampilkan barisan pelakon seperti Ikmal Amry, Elizabeth Tan dan Raysha Rizrose, Alicia Amin, Maya Hanum Fikhree Bakar, Nabil Zakaria dan Arwan.
Bukan itu sahaja, drama ini juga diserikan dengan pelakon handalan seperti Fatimah Abu Bakar dan Datuk Malek Noor serta penampilan nama-nama besar selaku cameo seperti Amber Chia dan pelumba negara Alex Yoong.
Dalam episod semalam, pontianak Bella berjaya dihapuskan setelah azimat, telefon bimbit miliknya telah dihapuskan.
Setahun kemudian, Malik bertemu dengan cinta hatinya dan mendirikan rumah tangga.
Majlis perkahwinan Malik menjadi kecoh apabila seorang wanita mirip Bella muncul. Rupanya-rupanya wanita tersebut adalah Ella, kembar Bella.
Di laman Twitter, ramai wargamaya terhibur dengan episod akhir yang disajikan.
Namun, persoalan yang tergantung di hujung cerita membuatkan ramai tertanya-tanya apakah sebenarnya kesudahan drama bersiri ini.
“Tamat sudah.. Pastikan ada season 2 please #ExAkuPontianak,” komen seorang wargamaya.
“Weyyy boleh habis pulak. Ada next season ke macam mana ni? Macam mana nak tenang ni? #ExAkuPontianak,” tanya seorang wargamaya.
“Pehhh what an ending la wehh!! Tiba-tiba jee kakak kembar Bella datang wedding Malik. Ini mesti ada second season. Tak sabar!” luah seorang wargamaya.
“Weh ending dia cam ada sequence je later ke salah ahahaha tapi habis dah bye,” tulis seorang wargamaya.
“WHATTTTT BELLA ADA BALIK. WHATTT HAWKAMMM. Oh gambar dalam safe tadi. BELLA KEMBAR! Whatttt?,” ujar seorang wargamaya.
“Omg plot twisttt, Bella ada twin sister nama Ella! lol. Ada season 2 ke tuuu?” komen seorang yang lagi.
Diilhamkan oleh Anwar Hadi, drama terbitan syarikat produksi Red Comm ini Shamyl Othman selaku sutradara dan sokongan panel penulis skrip yang terdiri daripada Sharmaine Othman, Suzanne Ong dan Akmal Nahar.
Drama bersiri Ex Aku Pontianak boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Azwa Rahman
Thu Mar 24 2022

.jpg?ext=.jpg)
Syahmi Sazli Sambut Cahaya Mata Kedua, Namakan Khabib Umar
Tahniah Syahmi Sazli
.jpg?ext=.jpg)
Genap Setahun RR Mono Scarves, Rizman Ruzaini Perkenal Tujuh Wajah Muse Itu
Tahniah Rizman Ruzaini
.jpg?ext=.jpg)
Intan Najuwa ‘Payung’ Gambar Berbaju Seksi, Netizen – “ Jangan Sampai Naikkan ..."
Intan Najuwa payung gambar seksi?

Takut & Mahu Turun, Kanak Kanak Tekan Butang Kecemasan Rollercoaster Yang ‘Tergantung’
Suasana panik tercetus di sebuah taman tema yang terletak di Timur China apabila sebuah rollercoaster yang sedang bergerak tiba tiba berhenti.
.jpg?ext=.jpg)
Dato Lee Chong Wei Harap Raketnya Bawa 'Ong' Kepada Tze Yong Teruskan Legasi
Untung nya Ng Tze Yong
_1.jpg?ext=.jpg)
Rizky Billar, Lesti Kejora Batal Kerjakan Haji
Pasangan tersebut bagaimanapun terpaksa menolak jemputan menunaikan haji kerana kekangan kerja.
.jpg?ext=.jpg)
"Saya Nak Beli Pisang Goreng Pun Tak Minta Duit Laki Saya" - Elfira Loy
Biar la duit suami dia

"Kita Kena Kurangkan Orang B*d*h Dalam Kerajaan”- Caprice Ulas Isu Menteri Minta Kurangkan Makan Telur
Caprice geram Menteri suruh kurangkan makan telur
.jpg?ext=.jpg)
Didakwa Bermasam Muka Dengan Fazura? Ini Komen Pereka Fesyen Popular Rizman & Ruzaini
Alamak kenapa pula gaduh

Empat Tahun Bercinta, Akhirnya Joo Min Ha Dan Yoo Il Bakal Berkahwin
Wah tahniah!