Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
VIRAL

'Kembar' Harry Potter Popular Di India

Gempak 26/01/2025 | 12:55 MYT
Seorang pelancong di India menjadi sensasi internet kerana memiliki wajah mirip pelakon watak utama siri filem Harry Potter, Daniel Radcliffe, lapor portal berita Livemint semalam.
Media sosial dihebohkan dengan klip video memaparkan lelaki berkenaan yang hadir pada sebuah acara keagamaan di bandar Prayagraj, negeri Uttar Pradesh.
Dalam satu klip video yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @prayagrajtalktown, ‘kembar’ Harry Potter itu dilihat sedang menikmati makanan tradisional.
Wajahnya yang sangat mirip dengan watak utama itu menyebabkan dia dikenali ramai sehingga ditemuduga oleh wartawan tempatan.
Rakaman itu mencatatkan lebih 2.5 juta tontonan bersama 138,000 tontonan.
“Ini bukan Harry Potter, tetapi Hari Puttar,” kata seorang netizen.
“Harry Potter pun suka makanan India,” kata netizen lain. - AGENSI
#Viral #Harry Potter #India #Daniel Radcliffe #Pelancong