Kembar Shah Rukh Khan Ditemui Di Malaysia!

Kamaruddin Razal
Ogos 3, 2017 08:02 MYT

Jika dilihat sekali imbas, wajah jejaka ini benar-benar menyerupai bintang Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan.

Gaya pandangan, hidung yang mancung serta jambang yang dimilikinya persis pelakon yang terkenal dengan jolokan King of Bollywood.
Namun begitu, wajah jejaka yang menyerupai Shah Rukh Khan ini terhasil menerusi kesan solekan.
Jejaka yang bernama Alha Alfa ini merupakan seorang jurusolek selebriti terkenal di Malaysia.
Alha menggunakan kepakarannya dalam bidang solekan untuk mengubah wajahnya persis Shah Rukh Khan dan memuat naik hasil 'make over' tersebut di laman Instagram miliknya, @alhaalfa.
Rata-rata pengikut Instagram Alha meninggalkan komen yang menyatakan mereka terpegun dengan hasil 'make over' Alha. Mereka juga turut memuji bakat besar Alha dalam bidang solekan.
​Teks oleh: Kamaruddin Razal

#Viral #Shah Rukh Khan #Shah Rukh Khan #Viral #Alha Alfa