READ
Kembara Uyaina Arshad Ke Bumi MESIR yang Paling ‘Sempoi' — Anda Harus Lihat Ini!
Oleh: Norhaizan Ahamd

Kredit foto: Koleksi Peribadi Uyaina Arshad
FIGURA yang bersiaran saban minggu untuk segmen Nona iaitu Uyaina Arshad mengambil peluang bercuti panjang dan kembara ke Mesir bagi menatap keindahan bumi nan gersang, yang cukup berbeza dengan tanah air sendiri. Bersama teman-teman, dia menimba sebuah pengalaman berharga di perantauan.
Kembaranya bermula di kota Cairo yang menjadi tunggak pemodenan di Mesir. Sebagai ibu negara, segala aktiviti sama ada perniagaan, politik, kebudayaan mahupun sosial banyak tertumpu di sini.
Peluang menjejakkan kaki di kota ini digunakan sebaik-baiknya untuk melihat- lihat keindahan seni bina misalnya Mar Gargis Coptic Church, Saint Virgin Mary’s Copic Orthodox Church yang juga dikenali sebagai Hanging Church, serta lorong-lorong yang menjadi nadi kepada kota ini.