Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kemelut Antara Sarah Yasmine & Aliff Aziz Berakhir, Sudah Capai Penyelesaian Cara Baik - "Kami Pernah Terlibat Dalam Pergaduhan..."

Firdaus
26/09/2024 14:16 MYT
Lama berdiam diri, bekas kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine tampil berkongsi perkembangan berkaitan perintah mahkamah yang diusulkan oleh aktor itu sebelum ini.

Selesai Cara Baik

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Sarah di akaun Instagram miliknya, kemelut antara dia dan pelantun lagu Sayang-Sayang telah diselesaikan dengan cara baik.

“Saya gembira untuk mengemas kini bahawa kami telah mencapai penyelesaian secara baik...

“Seperti yang mungkin anda ketahui, Aliff dan saya telah terlibat dalam pergaduhan undang-undang sejak April 2024, berhubung permohonannya untuk mendapatkan perintah perlindungan terhadap saya.

“Saya gembira untuk mengemas kini bahawa kami telah mencapai penyelesaian secara baik bagi pertikaian kami melalui pengantaraan di Kluster Penyelesaian Pertikaian Mahkamah Negeri, dan telah bersetuju untuk meletakkan perbezaan kami di belakang kami,” tulisnya.

Mengulas lanjut, Sarah menyatakan keputusan tersebut telah pun muktamad di samping menzahirkan rasa terima kasih ke atas sokongan yang diberi oleh pihak luar terhadapnya.

“Oleh itu, perkara itu kini telah dimuktamadkan dengan berkesan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telahmenyatakan galakan dan sokongan mereka untuk saya sejak beberapa bulan yang lalu.

“Saya amat berterima kasih atas semua kash sayang daripada rakan, keluarga, dan penyokong saya, dan saya gembira kerana perkara ini telah mencapai kesimplannya,” tambah Sarah.

BERITA TRENDING: Sarah Yasmine Nafi Jadi Pembuli Siber, Dakwa Diri Difitnah - “Best Kan Tuduh Orang Letak Dadah..”

​BERITA TRENDING: “Kami Juga Memohon Maaf Atas Kekhilafan Anakanda Kami Yang…” - Ibu Aliff Aziz Akan Terus Nasihat Hingga Tutup Mata

​BERITA TRENDING: “My Middle Name Is Your Karma & Pesanan Awak Sudah Dihantar” - Sarah Yasmine Puas Hati Ruhainies Terima Balasan?

​BERITA TRENDING: Sarah Yasmine Tegur Netizen Gaduh Di Ruangan Komen - “Nak Benci Saya, Benci, Nak Main-Main Dengan Agama Aku Block”

Untuk info, Sarah sebelum ini menerima notis daripada mahkamah untuk tidak mengeluarkan sebarang pendedahan di media sosial.

Ini termasuklah dia tidak dibenarkan memberi komen mengenai temu bual aktor berkenaan yang dimuat naik di saluran YouTube The Common Folks pada Mei lalu.

#Kontroversi #Aliff Aziz #Undang-Undang #Kes #Sarah Yasmine
;