Isu antara penyanyi rap MK K-Clique denga bekas pembantu peribadinya, Kojek masih belum berkesudahan.

BACA: Bekas PA Ambil Job Belakang, Sebar Fitnah MK Bawa Lari Duit

Selepas MK memuat naik kisah dirinya difitnah Kojek membawa lari sejumlah wang, muncul pula kemas kini terbaharu menyatakan lelaki berkenaan telah memutarbelit cerita.

"Manusia jenis apa kamu ni. Aku post minta maaf untuk orang yang terkesan dengan perbuatan kau ni.

"Orang yang kena maki hamun oleh perbuatan kau. Bukan salah faham atau minta maaf dengan kau.

"Aku tutup benda ni supaya family atau orang terdekat kau tak malu.

"Sekarang di FB kau pusing benda ni salah faham dan aku minta maaf dengan kau? Manusia jenis apa kau ni? Gila la. Sabar nanti aku post semua benda," kata MK.



Dalam entri sama MK mendedahkan perbualan antara individu dipercayai Kojek yang menghubunginya untuk memohon maaf.

Perbualan yang didedahkan itu turut memberitahu nilai wang yang akan dibayar semula kepada MK.

"Aku betul-betul minta maaf sangat. Sekarang ni kami usaha jual kereta aku dan kereta mem aku untuk settlekan sama kau dan mem mahu jual rumah.

"Biar kita settle begini ja dan tiada pihak lain. Kami ganti duit untuk bayar kau Mat. Boleh Mat?

"Aku wakil dari family aku minta maaf banyak-banyak Mat. Total semua RM160,000 Mat. Cuma minta masa satu dua minggu untuk settlekan semua ni," tulis individu dalam perbualan tersebut.