Anggota kumpulan Tamanz, Tauke mengakui bersyukur apabila masih ada orang yang menyokongnya dalam program Muzikal Lawak Superstar (MLS)

Menerusi entri di Instagram (IG), Tauke menjelaskan dia dan anggota kumpulan yang lain sentiasa mengidamkan untuk memenangi persembahan terbaik pada setiap minggu.

"Kemenangan impian semua orang, bagi kami itu hanya angan-angan dan mimpi.

"Kami hanya lakukan yang terbaik untuk bertahan setiap minggu. Terima pada sahabat-sahabat yang sentiasa berada di belakang, di depan, di tepi, di sudut korner, di simpang jalan dan di mana jua.

"Teruskan menyokong semua peserta-peserta #muzikallawaksuperstar untuk menghilangkan tekanan di hujung minggu," tulisnya.

kemenangan impian semua orang.. bagi kami itu hanya angan2.dan mimpi. kami hanya lakukan yang terbaik untuk bertahan setiap minggu.. terima pada sahabat2 yg sentiasa berada di belakang,di depan, di tepi, di sudut korner, di simpang jalan,dan di mana jua..teruskan menyokong semua peserta2 #muzikallawaksuperstar untuk menghilangkan tekanan di hujung minggu. #tamanz #mls2019 #sasukepremiumoutlet #toq #toqorganization #sekkitojangepecoh #jangeputuhsaeng #gomokelategomo

A post shared by taukejambu (@taukejambu) on


Selain Tauke, anggota kumpulan Tamanz turut dianggotai oleh Man dan Zulin Aziz.

MLS bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar

2.Taip MLSNAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20)NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.