Kementerian Kesihatan Malaysia Saran Tangguh Perjalanan Ke Korea

Mya Amri
Februari 28, 2020 13:22 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar orang ramai menangguhkan perjalanan ke Korea.
Ini berikutan kerana peningkatan jangkitan koronavirus (COVID-19) secara mendadak di negara tersebut.
Kenyataan tersebut dimaklumkan menerusi akaun Twitter rasmi KKM.
“KKM menyarankan orang ramai menangguhkan perjalanan ke Korea Selatan, Itali, Jepun dan Iran susulan peningkatan kes ketara di negara-negara tersebut.
“Nasihat ini demi menjaga, kesihatan diri, keluarga dan masyarakat keseluruhannya. - KP Kesihatan” maklum akaun tersebut.

KKM menyarankan orang ramai menangguhkan perjalanan ke Korea Selatan, Itali, Jepun dan Iran susulan peningkatan kes ketara di negara-negara tersebut. Nasihat ini demi menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat keseluruhannya. - KP Kesihatan, @DGHisham

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) February 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Korea Selatan telah mencatat lebih 100 kes baru COVID-19 menjadikan jumlah jangkitan tersebut sebanyak 1,766.
#Korea #KKM #Koronavirus