Laman Utama
Kemeriahan Gameshow Tabung Impian Menyaksikan 3 Peserta Utama Yang Mara Ke Pusingan Akhir dan Merebut Wang Tunai Sebanyak RM25,000!
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam! Itu yang diraih pemenang Gameshow Tabung Impian anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) pada 8 September lalu.
Sesi gameshow live yang dihoskan oleh Radin dan Kak Ngah Patin di Facebook ERA itu telah menobatkan Encik Azizul Zaiham bin Hamdan, yang bekerja sebagai “admin” di syarikat swasta sebagai juara dan berjaya mengutip wang keseluruhan berjumlah RM15,500.
Manakala di tempat kedua dan ketiga menyaksikan Encik Muhammad Hazim bin Lokman yang merupakan salah seorang pelajar di universiti tempatan dan Encik Mohd Faizal bin Mohd Nasir pula seorang penjawat awam telah berkongsi jumlah wang kemenangan yang sama iaitu sebanyak RM8,500. Tahniah juga buat kesemua peserta yang terpilih menyertai Gameshow Tabung Impian ini.
Tidak ketinggalan juga kepada peserta yang menyertai kerana mereka tidak pulang dengan tangan kosong. Sebanyak RM400 turut diberikan kepada peserta top 25 dan saguhati sebanyak RM50 untuk kesemua peserta yang tidak layak ke pusingan top 25.
Menariknya lagi tentang Gameshow Tabung Impian ini, ia bukan hanya memberikan hadiah kepada 100 peserta yang menyertai secara langsung di pentas, sebaliknya turut memberi peluang untuk mereka yang menyaksikannya di Facebook ERA.
Selain itu soalan yang diberikan memang menguji minda para peserta dan juga para penonton yang menonton. Bertuahnya lagi bila para penonton ERA yang menonton dan meneka soalan yang diberikan dengan tepat tidak terlepas membawa pulang RM100 sehingga RM350! Memang untung lah siapa yang menonton Gameshow Tabung Impian ni!
Biarpun ini kali pertama PTPTN mengadakan Gameshow Tabung Impian, program tersebut telah mencipta fenomena tersendiri apabila menerima penyertaan yang menggalakkan.
Bayangkan, tidak sampai tiga minggu penyertaan dibuka pada 1 hingga 21 Ogos lalu, seramai 294 peserta telah mendaftar dan mencuba nasib untuk membawa pulang hadiah sebanyak RM50,000 secara keseluruhan.
Namun, daripada jumlah 294 peserta itu, hanya 100 peserta yang dipilih menerusi slogan paling kreatif mereka.
Sambutan menggalakan ini memang di luar jangkaan!
Apa itu Gameshow Tabung Impian PTPTN?
Sepanjang tempoh 25 tahun penubuhan PTPTN, PTPTN adalah sangat sinonim kepada masyarakat Malaysia.
Tujuan asasnya bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir dari mendapatkan akses pendidikan tinggi. Bahkan PTPTN juga menyediakan tabung simpanan utama rakyat Malaysia seawal dari umur sehari lagi.
Sepanjang 25 tahun ini, ramai pelajar yang telah dibantu PTPTN untuk merealisasikan impian mereka untuk ke puncak menara gading.
Pelbagai inisiatif dibuat demi memudahkan pelajar menuntut ilmu dengan selesa tanpa bebanan kewangan. Daripada proses pinjaman sehinggalah bayaran balik!
Kalau korang terlepas untuk menonton Gameshow Tabung Impian ini, korang boleh tonton balik dari video di bawah ini. Korang saksikanlah sendiri kemeriahan dan debaran para-para peserta. Confirm korang akan teruja dan tak sabar untuk turut serta Gameshow Tabung Impian seterusnya.
Must-Watch Video