Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Kemeriahan Ramadan Makin Terasa, Bazar Ramadan Jalan TAR Akan Dihidupkan Semula

Azwa Rahman 20/03/2021 | 04:30 MYT
Bazar Ramadan Kuala Lumpur yang sebelum ini beroperasi di tapak asal Lorong Tuanku Abdul Rahman, berhampiran Masjid India akan dihidupkan semula.
Kenyataan tersebut diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi satu ciapan di Twitternya hari ini.
“Demi memenuhi rayuan peniaga bazar Aidilfitri, kita bersetuju bukan saja untuk benarkan bazar dibuka tapi kita hidupkan semula bazar di tapak asal di Lorong Tuanku Abd Rahman mulai 17 April, namun (dengan) prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dikenakan,” tulis beliau menerusi satu ciapan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkara ini susulan daripada pengumuman kerajaan memberi kelonggaran dengan membenarkan bazar Ramadan dan Aidilfitri beroperasi seperti tahun-tahun terdahulu tetapi dengan syarat yang ketat.
Terdahulu, bazar Ramadan Jalan TAR dan Masjid India dipindahkan ke ke Jalan Raja selaras dengan penyusunan semula.
#Bazar Ramadan #Jalan TAR #Kuala Lumpur
;