Hiburan
Kemeriahan Syawal Dimana-Mana Sahaja, Ini Senarai Kandungan Digital Astro Yang Anda Perlu Tonton!
Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi. Namun, disebabkan krisis COVID-19, masyarakat akan menyambut perayaan dengan norma baru dan majlis keramaian masih tidak dibenarkan.
Walaubagaimanapun, perkara ini tidak membataskan anda untuk terus berhibur di rumah bersama keluarga tersayang.
Selain program dan filem-filem menarik ditayangkan di setiap saluran, Astro juga menyajikan pelbagai kandungan menarik di platform digital sepanjang musim Aidilfitri ini.
Mari kita semak sembilan kandungan digital menarik agar anda tidak terlepas untuk menyaksikannya.
1. Gerakan Serunding
21 Mei, Khamis di Gempak
Sebuah filem pendek dibintangi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. Mengisahkan seorang suami yang berusaha dengan kreatif untuk menggembirakan isterinya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
2. Impress Your Idol Raya
24 Mei, Ahad di Gempak
Edisi kedua rancangan menyanyi virtual dimana dalam episod pertamanya bertemakan Raya menampilkan Hael Husaini.
3. Drama Chat
24 Mei & 31 Mei, Ahad di Gempak
Antologi drama pelbagai genre yang diceritakan dalam bentuk aplikasi chat. Kisah disampaikan dengan selebriti dengan bantuan GPS, sticker, facetime, mesej audio, video serta GIF.
4. Rayacapella
15 Mei, Jumaat & 19 Mei, Selasa di Ria X
Persembahan muzikal yang menggabungkan BBNU daripada Big Stage dan 'legend' daripada Gegar Vaganza dalam bentuk acapella khas sempena raya.
5. Hang Peka Hang Teka Raya
21 Mei hingga 4 Jun, setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 pagi di Ria X
Selebriti jemputan diuji kepantasan dan kebijaksanaan mereka, penuh dengan aksi lucu dan menghiburkan.
6. Salam Senyuman Raya
21 Mei hingga 31 Mei, setiap hari jam 9.00 pagi, 3.00 petang,
dan 9.00 malam di Ria X
Kompilasi kad ucapan digital dari seluruh lapisan masyarakat
7. Syok Raya Rumah
Baju Beraya Baju Berkurung
21 Mei di aplikasi Syok
Walaupun berbeza, masih ada cara untuk bergembira di lebaran ini. Mengisahkan tentang tukang jahit yang menggunakan panggilan video untuk menyiapkan tempahan mereka.
Raya Lain Macam
22, 24 & 27 Mei di aplikasi Syok
Risau dengan penularan COVID-19, ramai yang memilih untuk membuat persediaan raya di rumah sahaja secara sederhana.
- Buat Kuih Raya Kat Rumah Je!
- Mix n Match Recycle Baju Raya
- Boys Ketupat Challenge
8. How Not To Loose Your Job
25 Mei, Isnin di Gempak, Rojak Daily dan Hello
Siri sitkom yang menggambarkan situasi sebenar rakyat Malaysia, mengisahkan sebuah syarikat penerbitan yang hampir bankrap lalu terpaksa mencari jalan penyelesaian untuk bertahan.
9. Gempak TV Raya
27 Mei, Rabu di Gempak
Gempak TV Raya Special kali ini meriah dengan penampilan hos dan artis jemputan. Bagaimana beraya dengan norma baru? Bagaimana pula kerenah hos bersama artis jemputan kali ini?
Semoga anda terhibur, mohon kemaafan, kongsi kegembiraan, raikan lebaran dengan kesyukuran.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Gempak ucapkan kepada anda semua!
Must-Watch Video