"Kemoterapi Pertama Selepas Buang Usus, Ovari & Rahim" - Ibu Fazreen Rafi Hidap Kanser Usus Tahap 4

Amri Hassan
Ogos 27, 2019 04:57 MYT
Ibu kepada pelakon Fazreen Rafi telah selamat menjalani prosedur kemoterapi bagi merawat kanser usus tahap empat yang dihidapinya.
Berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagramnya malam tadi, kata Fazreen dia berharap agar tiada kesan sampingan yang ekstrim selepas ibunya menjalani prosedur terbabit.
"Alhamdulillah first targetted chemo berjaya. Harap-harapnya tiadalah kesan sampingan yang kuat sangat kat ibu saya," tulisnya.
Perkongsian itu meraih perhatian rakan selebriti dan peminat pelakon itu yang turut mendoakan kesejahteraan ibunya.
Malah, ada juga yang turut berkongsi petua untuk merawat penyakit tersebut.
Pada 29 Jun lalu, Fazreen pernah berkongsi keadaan ibunya yang telah selamat menjalani pembedahan membuang usus, ovari dan rahim.
#Kanser #Fazreen Rafi #Ibu