Laman Utama
Kempen Bendera Putih Untuk Makanan, Kibar Bendera Pink Untuk Jodoh?
Selepas kempen bendera putih melakar sejarah tersendiri dengan kejayaannya memberi harapan buat golongan yang memerlukan bantuan keperluan harian, kini ada pula kempen terbaru bendera pink dilancarkan, khusus untuk mereka yang sedang mencari jodoh.
Menerusi laman sosial Facebook, seorang pengguna Fazlin Razali menjadi antara individu terawal berkongsi hantaran mengenai kempen tersebut semalam.
Malah hantaran di Facebook itu kini tular di laman sosial Twitter.
“Untuk kakak-kakak dan abang-abang yang masih ‘single’ atau belum berkahwin naikkan bendera merah jambu di kediaman jika memerlukan jodoh segera.
“Tidak perlu merayu atau malu. Hanya kibarkan kain merah jambu semoga yang ada membantu,” ujar kapsyen hantaran gambar tersebut.
Kempen tersebut menimbulkan reaksi yang pelbagai dalam kalangan pengguna media sosial dan ramai menganggap ia sekadar gurauan.
“Zaman covid yang makin kritikal, orang susah hati takde duit nak beli makanan dsb, ada jugak yang sempat bagi idea mengarut macam ni teruk sungguh,” komen seorang wargamaya.
“Lelaki kena biru. Perempuan yang pink. Hai sekarang main naik bendera saja. Hanya untuk bujang perempuan dan lelaki sahaja. Duda janda tak payah kot. Nanti 1 Malaysia penuh bendera,” kata seorang wargamaya.
“Saya taknak letak. Nanti makcik bawang banyak keje, payah pulak kesian deme nak masak lagi kemas rumah lagi,” ujar seorang wargamaya.
“Jodoh datang sendiri walaupun kita tak cari. Ajal datang sendiri walaupun kita lari,” pesan seorang wargamaya.
“Apa la, nak cari jodoh pakai bendera pulak. Keja gila. Tu hari kibarkan bendera putih untuk dapatkan bantuan makanan. Ok boleh diterima cadangan tu. lepas tu bendera pink ni. Lepas ni bendera warna apa pulak,” luah seorang wargamaya.
“Betul ni la jalan penyelesaian. Takkan nak tunggu jodoh jatuh dari langit melekat dekat atas bumbung kau pulak,” sokong seorang wargamaya lagi.