Iklan

Kempen Betul-Betul Free Road Tax PolicyStreet Kini Kembali Buat Kali Ketiga! Cukai Jalan PERCUMA Untuk Kenderaan Bawah 1600cc

gempak
Firdaus
08/10/2024
05:25 MYT
Sponsor Banner
Kempen Betul-Betul Free Road Tax PolicyStreet Kini Kembali Buat Kali Ketiga! Cukai Jalan PERCUMA Untuk Kenderaan Bawah 1600cc
Insurans kereta dah nak tamat tempoh tapi gaji pula belum masuk? Jangan risau! Kempen Betul-Betul FREE Road Tax PolicyStreet kini kembali untuk kali ketiga pada 10-11 Oktober ini, bermula dari 10 pagi hingga 10 malam.
Bersempena dengan 10 Oktober (10.10), iterasi ketiga kempen ini menawarkan sepuluh kali ganda manfaat berbanding yang pertama, daripada 500 kepada 5,000 rakyat Malaysia, memberikan lebih banyak peluang untuk orang ramai mendapat manfaat daripada promosi tersebut. Sepanjang promosi kilat, 5,000 rakyat Malaysia pertama yang memiliki kereta dengan kapasiti enjin bawah 1600cc boleh menikmati cukai jalan secara PERCUMA. Sementara itu, pemilik kereta dengan kapasiti enjin 1600cc dan ke atas akan mendapat diskaun, memastikan mereka mendapat cukai jalan termurah ataupun ‘Cheapest Road Tax in Town’.
PolicyStreet juga menawarkan Easy Payment Plan tanpa faedah. Pelan ini membolehkan rakyat Malaysia membayar insurans kereta mereka secara ansuran tanpa faedah. Pelanggan boleh memilih pelan pembayaran selama 3, 6, atau 12 bulan dengan menggunakan kad kredit yang sah dari sembilan bank terkemuka, iaitu Maybank, Public Bank, UOB Bank, OCBC Bank, RHB Bank, CIMB Bank, Affin Bank, Hong Leong Bank, dan AmBank.
PolicyStreet merupakan syarikat teknologi insurans yang disokong oleh Khazanah yang menyediakan penyelesaian insurans digital kepada perniagaan dan pengguna di seluruh Asia Tenggara dan Australia. Sebagai syarikat yang disokong oleh dana kekayaan negara, PolicyStreet memikul tanggungjawab sosial untuk memberi impak positif kepada rakyat Malaysia.
Selaras dengan komitmennya untuk memperkukuh daya tahan kewangan rakyat Malaysia, Easy Payment Plan tanpa faedah PolicyStreet berfungsi sebagai pilihan pembayaran tambahan, memastikan insurans kereta kekal mampu milik oleh semua lapisan masyarakat.
Bukan itu sahaja, PolicyStreet juga terkenal dengan penyelesaian insurans tertanam seperti Shopee Damage Protection Plan dan Electronic Protection Service Program, serta insurans semasa bekerja untuk pekerja gig untuk syarikat seperti foodpanda Malaysia, Shopee Food Malaysia, Kiddocare, dan lain-lain.
Insurans kereta boleh diperbaharui seawal dua bulan sebelum tamat tempoh, jadi tunggu apa lagi? Ambil kesempatan daripada promosi Betul-Betul FREE Road Tax ini sekarang!
Jangan lepaskan peluang untuk penjimatan berganda apabila memperbaharui insurans kereta di car.policystreet.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024