HIBURAN
Kempen Mirinda Riang Raya Bersama-Sama Tonjolkan Keindahan & Makna Sebenar Hari Raya
Jenama Mirinda sudah semestinya tidak asing lagi dalam masyarakat kita sejak dahulu lagi. Malah irinda sentiasa dikenali sebagai jenama yang membawa keriangan dan keceriaan.
Sempena kempen Mirinda Riang Raya Bersama-Sama, Gempak menemu bual secara eksklusif dengan Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran, Etika Sdn Bhd.
Gempak: M Boleh kongsikan lebih lanjut mengenai kempen Mirinda Riang Raya Bersama-Sama dan kerjasama dengan Astro Shaw?
Amy Gan: Terima kasih, Gempak. Ya, Mirinda sentiasa membawa kegembiraan dan keterujaan, dan kami ingin membawa semangat yang sama ke dalam sambutan Raya tahun ini. Mirinda Riang Raya Bersama-Sama adalah kempen yang menonjolkan keindahan kebersamaan yang mencerminkan makna sebenar Hari Raya, di mana keluarga berkumpul semula, tradisi dihargai, dan kenangan bermakna tercipta.
Kerjasama kami dengan Astro Shaw amat istimewa kerana ia memberi peluang kepada kami untuk menyampaikan kisah yang menyentuh hati dan dekat di jiwa rakyat Malaysia. Abah Saya Uncle Mike adalah sebuah naratif yang mengharukan tentang kekeluargaan, ketabahan, dan kasih sayang yang melangkaui perbezaan. Filem ini menggambarkan dengan indah bagaimana kasih sayang tanpa syarat Mike terhadap keluarga angkatnya mendorong mereka dalam mengejar kehidupan serta kepercayaan mereka sebagai Muslim. Sebagai seorang ibu, saya sangat tersentuh dengan filem ini di mana perjuangan Mike membesarkan bukan seorang, tetapi tiga orang anak seorang diri adalah sesuatu yang amat menginspirasi. Sebagai rakyat Malaysia, saya juga berasa bangga melihat kisah seperti ini yang mencerminkan kepelbagaian dan keharmonian budaya dalam masyarakat kita. Tiada yang menyatukan perbezaan seindah kasih sayang, kerana kasih sayang itulah yang menyatukan kita dalam keunikan dan perbezaan yang ada. Sebagai sebahagian daripada kerjasama kami yang berterusan dengan Astro Shaw dalam mempromosikan filem ini, yang bakal ditayangkan pada bulan Ogos, kami teruja kerana trailer Raya bersama Mirinda berjaya menangkap keindahan meraikan Raya bersama insan yang paling bermakna dalam hidup kita.
Gempak: Menarik sekali! Mirinda telah lama menjadi sebahagian daripada sambutan perayaan di Malaysia. Bagaimana jenama ini berkait dengan nilai kekeluargaan dan kebersamaan?
Amy Gan: Betul! Mirinda telah menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia selama berdekad lamanya, terutamanya ketika perayaan bersama keluarga dan sahabat handai. Berwarna-warni, rasa yang menyegarkan, serta keseronokan berkarbonat dalam Mirinda benar-benar mencerminkan keceriaan Hari Raya. Tetapi, lebih daripada sekadar minuman yang menyegarkan, Mirinda adalah tentang mencipta detik-detik kebersamaan. Sama seperti bagaimana sebotol Mirinda dikongsi bersama keluarga dan rakan di meja makan, semangat Hari Raya juga tentang berkongsi kegembiraan, gelak tawa, dan kasih sayang. Mesej yang dibawakan oleh Abah Saya Uncle Mike bahawa keluarga bukan sekadar hubungan darah, tetapi kasih sayang dan sokongan, begitu seiring dengan kepercayaan kami. Di Etika, kami mahu Mirinda terus menjadi sebahagian daripada perayaan bermakna ini, menjadikan setiap perhimpunan lebih riang.
Gempak: Itu satu pandangan yang sangat indah! Akhir sekali, apakah harapan anda untuk rakyat Malaysia menerusi kempen ini?
Amy Gan: Kami berharap kempen ini dapat mengingatkan rakyat Malaysia tentang makna sebenar Hari Raya - kasih sayang, perpaduan, dan penghargaan terhadap satu sama lain. Tidak kira di mana kita berada, Raya adalah waktu untuk kembali ke pangkuan keluarga, mengeratkan hubungan, dan menghidupkan semula kenangan yang bermakna. Melalui Mirinda Riang Raya Bersama-Sama, kami ingin menggalakkan semua untuk meraikan Raya dengan hati yang terbuka dan menghargai setiap detik yang membawa kita lebih rapat antara satu sama lain. Sama ada melalui sebuah filem yang menyentuh hati, hidangan yang dikongsi bersama, atau hanya sebotol Mirinda di atas meja, pengalaman kecil inilah yang menjadikan Raya lebih istimewa.
Must-Watch Video