Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kempen Ramadan Bersama Go Shop, Rambang Mata Nak Pilih Mana Satu!

Mya Amri
06/04/2022 11:02 MYT
Peneraju perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang popular Malaysia, Go Shop telah pun memulakan kempen Ramadan.

Mengangkat tema Sambutan Lebih Kepelbagaian, kempen Salam Ramadan bersama Go Shop ini menawarkan pelbagai kejutan dan tawaran menarik yang pastinya membuatkan anda rambang mata.

Antaranya Diskaun Berganda sehingga RM50 (diskaun RM25 dan tambahan diskaun RM25 untuk pembelian seterusnya) dengan menggunakan code ‘GS25’.

Selain itu, Baucar Kejutan juga akan dilakukan setiap hari bermula jam 11 pagi, manakala Promosi Kejutan pula akan berlangsung jam 9 malam.

Istimewanya lagi, Go Shop juga membawakan pelbagai rancangan khas setiap hari bersama selebriti di saluran-saluran Go Shop meliputi Go Shop RUUMA (Saluran 118), Go Shop GAAYA (Saluran 120), dan Go Shop BAARU (Saluran 111).

Antara selebriti yang terlibat adalah Datin Paduka Umie Aida, Datuk Aznil Nawawi, Datin Fouziah Gous, Munif Hijjaz dan Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail.

Untuk Go Shop RUUMA (Saluran 118) pula, pelbagai program menarik disiarkan seperti Dapur Ramadan, Jom Try Rasa , Gazebo Riuh, Gaaya Raya dan Happy Village Ramadan Raya.

Manakala Go Shop GAAYA (Saluran 120) pula menyediakan program Ihya Ramadan, Go Anggun di Go Shop BAARU (Saluran 111).

Di Go Shop, anda juga boleh mendapatkan pelbagai rangkaian produk eksklusif termasuklah kelengkapan ilmiah, hidangan Sunnah, peralatan dapur, hiasan, kemasan rumah, gaya, kecantikan, kesihatan dan juga kecergasan.

Bak kata orang, “Buat apa nak susah-susah, Go Shop kan ada,”

Teruskan bersama Go Shop untuk mendapatkan pelbagai tawaran Ramadan dan nantikan promosi hari raya di www. goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop menerusi Google Play dan App Store.

#Go Shop #Kempen #Ramdan #Kempen Ramadan #Kempen Ramadan Go Shop