Penyanyi dan usahawan Mila Jirin menafikan dirinya ‘mahu tunjuk hero’ apabila terlibat dengan kempen RM5 juta tunai percuma dengan kerjasama Malakat Mall.

Mila berkata, dia mengambil peluang untuk menjayakan kempen tersebut kerana tersentuh melihat ramai yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Naluri ibu dan kemanusiaan saya tersentuh. Ramai yang sedang bergelut sekarang ini gara-gara pandemik.

“Saya bukan ahli politik, insan berpengaruh atau nak tunjuk hero, saya hanya manusia biasa yang tahu kesukaran dilalui masyarakat ketika ini.

“Bukan mudah, saya seorang ibu…Tak sanggup tengok anak kecil tak ada makanan, luluh hati ini. Saya harap kempen dijayakan Bizmilla bersama Malakat Mall ini mampu memberikan rasa bahagia kepada mereka yang sedang bergelut meneruskan kehidupan," katanya.

Mila berkata, kempen bermula 31 dianggarkan mampu membantu lebih 100,000 keluarga di Malaysia.

"Memang besar harapan saya supaya kempen ini dapat membantu sedikit sebanyak mengurangkan beban masyarakat kita. Cita cita saya memang mahu membantu lebih 100,000 keluarga ini.

“Bizmilla dan Malakat Mall memperuntukkan RM5 juta dalam bentuk 'Cash Back' atau pulangan tunai kepada semua pelanggan.

"Peruntukan wang tunai RM5 juta itu diberikan kepada pelanggan yang membeli kredit tambah nilai untuk membeli barangan harian secara fizikal di kesemua lokasi Malakat Grocer di Selangor, KL dan Melaka.

"Kempen 'RM5 Juta Tunai Percuma' ini akan dilancarkan pada 31 Julai ini di laman sesawang www.bizmillagrocer.com bermula jam 10 pagi.

"Kesemua pelanggan yang membeli kredit beli belah akan mendapat 10 peratus tambahan tunai untuk berbelanja bila bila masa menggunakan E - Wallet di Malakat Eco App," katanya.

Kata Mila lagi, kesemua pelanggan yang mendaftar sebagai Vip Members dari 31 Julai hingga 2 Ogos ini di www.bizmillagrocer.com akan diberikan hadiah percuma baucar tunai berjumlah keseluruhan RM300.

"Baucar tunai itu dapat digunakan di Malakat Eco Mall Cyberjaya. Bukan itu sahaja, mereka yang menjadi VIP Members akan mendapat empat ekor ayam segar bernilai RM68 yang akan diberikan secara berperingkat setiap minggu apabila pelanggan membeli belah di Malakat Grocer.

"Lima individu terawal yang mendaftar juga berpeluang memenangi hadiah istimewa termasuk baucer makan malam dan hadiah misteri lain," katanya.

Mila menambah, Bizmilla juga sedang dalam fasa akhir menyiapkan Bizmilla Grocer iaitu pasaraya atas talian yang akan menjual pelbagai jenis keperluan asas dan barangan harian dengan harga yang berpatutan.

Sementara itu, pemilik dan pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim atau lebih dikenali dengan nama Coach Fadzil, berharap agar kempen dianjurkan berjalan lancar.

“Semoga 100,000 buah keluarga mendapat manfaat dari kempen ini, seperti yang dirancang,” katanya.

Selain di Cyberjaya, cawangan pasaraya (Malakat Grocer) ini juga terdapat di Taman Putra Perdana Puchong, Taman Kosas, Kuala Lumpur, Pandan Mewah, Kuala Lumpur, Kota Warisan, Sepang, Alam Damai, Cheras, Green Wood, Gombak dan Masjid Tanah, Melaka.