HIBURAN
Kemunculan Akaun IG Malique Undang Tanda Tanya Netizen
Setelah bertahun-tahun tidak mengambil tahu hal dunia luar, pemuzik terkenal Malique kini muncul dengan akaun laman Instagram yang menggunakan nama Maliqueibrahimqarma.
Sehingga artikel ini ditulis, akaun tersebut sudah mempunyai 3,325 pengikut dan Malique atau nama sebenarnya Cairel Adrin Ibrahim hanya mengikuti akaun Instagram studio milik pemuzik itu, Qarma Studio.
Menerusi tinjauan Gempak juga, Malique mula memuat naik beberapa foto pada Selasa memperlihatkan suasana studio serta penyanyi Amir Jahari yang sedang memegang gitar.
Malah, pada Rabu pula terdapat gambar pelakon dan pengacara terkenal Zizan Razak yang hanya memegang sebuah trofi.
Selain itu, beberapa foto memperlihatkan pemandangan dipercayai kawasan percutian di luar negara.