Kemunculan Laudya Cynthia Bella Curi Tumpuan, Netizen Anggap Masih Bersedih

Asraf Aided
Julai 10, 2020 13:10 MYT
Kemunculan Laudya Cynthia Bella dalam program hiburan Indonesia, Bukan Bintang Biasa (BBB) pada Selasa telah menarik perhatian wargamaya.
Berdasarkan pemerhatian Gempak di akaun YouTube Alinskie Family, terdapat segelintir penonton program itu berasa kasihan melihat Laudya yang dikatakan kelihatan lesu dan tidak ceria.
Rata-rata mereka menganggap Laudya masih bersedih selepas mengumumkan rumah tangganya bersama Engku Emran sudah berakhir baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, ada juga peminat yang berharap agar Laudya mampu melupakan kisah keretakan rumah tangganya itu dengan cepat.
"Dia baru berpisah, tak perlu suruh dia mengenali mana-mana lelaki, biar dia menikmati masa sendirian dahulu.
"Mungkin Laudya sendiri masih belum mahu menjalani penggambaran.
"Laudya sedang bersedih.
"Dia baru berpisah, jadi masih sedih di hati," tulis beberapa penonton program berkenaan.
Menerusi laporan Gempak pada 1 Julai lalu, Laudya telah mengesahkan rumah tangganya bersama Emran telah menemui titik noktah.
Menurut Laudya, mereka berdua berpisah secara baik dan perkahwinan tersebut banyak memberi hikmah kepada dirinya.
BACA : “Dua Tahun Engku Emran Menjadi Suami Saya, Banyak…”- Laudya Cynthia Bella Akhirnya Sahkan Sudah Bercerai
Terdahulu, Laudya dan Emran mendirikan rumah tangga pada 8 September 2017.
Sepanjang perkongsian hidup, mereka tidak mempunyai cahaya mata bersama.
#Indonesia #Laudya Cynthia Bella