Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Kena Beritahu Kita Single” - Amelia Christie Akui Sudah Solo, Mahu Cari Lelaki Sopan Santun

Asyikin Mayudin
12/03/2024 23:55 MYT
Akhirnya teka-teki mengenai status hubungan pelakon Amelia Christie dengan aktor Sharnaaz Ahmad terjawab apabila aktres itu mengakui dia kini sudah kembali solo.

BERITA TRENDING: "Kalau Dia Tak Pernah Mengiyakan Apa Kami Ada Selama Ini, Saya Terima Saja" - Amelia Christie

Menerusi video temu bual di TikTok Adeline Hijab, pelakon berusia 24 tahun ini berkata dia perlu memberitahu mengenai statusnya kepada umum.

“Single… single taken itu okay, sebab kita kena beritahu kita single,”

Selain itu, pelakon drama siri Budak Hostel Otaknya Sewel ini turut berkongsi tiga ciri-ciri lelaki idamannya antaranya mestilah seorang bertanggungjawab.

“Tanggungjawab, sopan santun dan baik hati,” kongsi Amelia.

Terdahulu, timbul spekulasi mengenai hubungan Sharnaaz dan Amelia sudah berakhir selepas aktor itu mendedahkan dia tidak pernah mengiyakan mengenai mereka.

Malah, Amelia juga ada memuat naik perkongsian di laman sosial seakan-akan memberi bayangan dia kini lebih mengutamakan dirinya.

undefined
#Sharnaaz Ahmad #Amelia Christie #Amelia single
;