Berita

Kena 'Berkurung', Que Haidar Ajak Anak-Anak Main Tingting Dalam Rumah Je! Kreatifnya!

ZULHILMI JALIL
27/03/2020
04:57 MYT
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, memang banyak masa akan dihabiskan di dalam rumah sahaja.
Bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil, sudah pasti gusar sekiranya mereka kebosanan apabila tidak dapat keluar bermain di luar rumah.
Maka, pada waktu inilah, sebagai ibu bapa, perlu main peranan untuk merangka segala aktiviti yang boleh dilakukan di dalam rumah buat anak-anak.
Begitu jugalah yang dilakukan oleh pelakon Que Haidar apabila mengajak anak-anaknya untuk bermain permainan tradisonal, tingting di dalam rumah!
Wah, ini memang betul-betul kreatif!
Mana tidaknya, menerusi satu video yang dimuat naik Que di Instagram, dia hanya menggunakan soletep untuk dijadikan bentuk kotak-kotak bagi tujuan permainan tersebut.
Dalam setiap kotak itu kemudian, pelakon filem Lagenda Budak Setan itu turut menandakannya dengan nombor-nombor menggunakan pelekat tersebut.
"Macam-macam kita boleh buat!", tulisnya yang berkongsi video yang memaparkan gelagat anak perempuannya yang teruja bermain.

Mcm2 kita boleh buat.. ❤️

A post shared by Tengku Iskhan Shah Tg. Haidar (@the_haidars) on

Perkongsian Que itu kemudian menerima respons positif dalam kalangan pengikutnya yang memuji tindakannya yang bijak dalam memastikan anak-anaknya terisi dengan aktiviti yang menyeronokkan walaupun di dalam rumah.
Bukan itu sahaja, dalam posting sebelum ini, Que turut berkongsi beberapa aktiviti lain yang dibuat bersama anak-anak di rumah.
Antaranya, termasuklah kelas membuat kek dan aktiviti melukis.

Day 3 #kawalanpergerakan2020 #covid19

A post shared by Tengku Iskhan Shah Tg. Haidar (@the_haidars) on

Jadi, apa kata, anda juga boleh jadikan aktiviti-aktiviti tersebut untuk dilakukan di rumah bersama anak-anak tersayang.
Que mendirikan rumah tangga dengan pakar koreografi terkenal, Linda Jasmine pada Februari 2009.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.
Dalam pada itu, jangan lupa, anda juga boleh saksikan drama lakonan Que Haidar di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Sambut Hari Jadi Ke-23, Ramai Terpesona Tengok Kacaknya Anak Teruna Linda Jasmine, Qalif Khan! - "Cepat Dia Besar, Helok Betul"

gempak
31/01/2023
06:57 MYT
Memang helok!
Laman Utama

Que Haidar Menangis 3 Kali Tonton Filem Lakonan Michelle Yeoh!

gempak
19/01/2023
03:55 MYT
Kenapa tu?
Laman Utama

Boleh Tukar Watak Sekelip Mata! Bakat Lakonan TikToker Sabah, Sakinah Ondu Dapat Perhatian Que Haidar

gempak
05/09/2022
04:33 MYT
Live Sakinah vs Ondu ni tak pernah tak lucu ya guys.
Laman Utama

Istimewa AidilAdha, Lebai Sampan Kata Que Haidar: “Cuit Sikit Sini, Tanpa Tembak Memb*bi Buta”

gempak
09/07/2022
12:49 MYT
Wajib tonton malam ni!
Laman Utama

Jayakan Lebai Sampan, Que Haidar Gementar Jumpa Beto Kusyairy: “Sempat Makan Nasi Lemak 3 Suap Saja”

gempak
05/07/2022
04:50 MYT
Que Haidar muncul dengan telefilem Lebai Sampan.