Pelakon dan personaliti radio, Sharifah Shahirah berkongsi ragam anak ketiganya, Auddra yang disifatkan banyak akal.

Menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya, Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera menceritakan cubaan Auddra menyamar menjadi dirinya ketika berinteraksi dalam group WhatsApp sekolah.

“Fon kita kat dia... Dia boleh menyamar jadi kita, tanya pasal dia, kau rasa si Oddah ni? Lepas tu WhatsApp group ni jadi aktif.

“Banyak dibincangkan disebabkan satu soalan Sekian… Terima kasih cikgu... Love you cikgu semua,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya berasa lucu dengan tindakan Auddra yang seolah-olah mahu mengenakan ibunya.

“Odah… Odah… Perangai mak kau lah ni,” tulis @yanz0802

“Hahahahahahahhaa... Beria cikgu respon,” komen @astieynurasiah

Terdahulu, Shiera berkahwin dengan pelakon Ijoy Azhari dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Airell, 16, Airra, 13, Audra, 11, dan Adeena, 3.

Shiera turut mempunyai seorang anak bernama Allisya merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Shiera bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt.