"Kena Hack Agaknya" - 5 Penyanyi Muda Nak Berehat Dari Instagram.. Dah Kenapa?

Kamaruddin Razal
Julai 23, 2018 02:01 MYT
Lima penyanyi muda, Tajul, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Wani Kayrie dan Sarah Suhairi melakukan tindakan yang serupa di laman Instagram mereka.
Menerusi kapsyen yang ditulis oleh barisan artis muda ini, mereka ingin berehat dari laman sosial dan memuat naik foto yang sama di laman Instagram masing-masing.
Di ruangan komen, peminat mula berteka-teki mengenai tindakan lima penyanyi muda ini.
Ada netizen yang mula beranggapan laman sosial mereka telah digodam.
Ada juga peminat yang mendakwa mereka mahu 'meniru' aksi gimik yang pernah heboh diperkatakan beberapa minggu lalu.
Apa saja sebabnya, pastinya mereka mempunyai alasan tersendiri untuk merehatkan diri dari laman sosial masing-masing.
Lima artis ini merupakan antara penyanyi muda yang mula mencuri tumpuan peminat hiburan tempatan dengan keunikan tersendiri.
Tajul popular dengan lagu Sedalam-Dalam Rindu, Bahran dikenali menerusi lagu Kata Akhirmu, Afieq mula mencuri perhatian menerusi lagu Seandainya, Wani terkenal dengan lagu Jangan Jangan dan Sarah sedang giat mempromosikan lagu Pedih.
Teks: Kamaruddin Razal
#Penyanyi #Penyanyi #Penyanyi Baru