HIBURAN

Kena Hencap Sebab Lagu Pulut Kuning, Zarina Zainuddin Anggap Komen Netizen Sebagai Hiburan - “Apa Yang Penting Saya…”

Asyraf Roslan 25/08/2025 | 03:53 MYT
Pelakon, Zarina Zainuddin enggan melayan sebarang kecaman apabila tampil dengan lagu Pulut Kuning ciptaanya sendiri.

Menurut Zarina, dirinya tidak terkesan dengan cercaan netizen sebaliknya memilih untuk melihat sisi positif daripada segala komen yang diterima.

"Saya ada juga baca komen netizen. Saya terhibur sambil tergelak. Mereka memang kelakar. Tak mengapalah saya fikir positif saja, tak kisahlah apa orang nak cakap.


"Saya ini bukan penyanyi, orang nak kata ke 'laut biru' sekalipun saya tak kisah. Apa yang penting saya hanya mahu promosikan perniagaan.
"Komen negatif saya abaikan saja sebab saya tahu bukan semua orang boleh terima apa yang kita lakukan," katanya.

Dalam pada itu, Zarina turut berkongsi telah lama menyimpan hasrat untuk menghasil sebuah lagu untuk perniagaanya.

Bagaimanapun, kos penghasilan lagu di Malaysia sangat mahal baginya.

"Saya dulu tak ada kesempatan nak buat lagu. Lagu itu saya cipta sendiri, jadi bila datang berniaga ke Brunei saya rakam terus di sini taklah buang masa.


"Proses merakamkan lagu sekejap sangat hanya dua jam. Saya rakamkan lagu ini dua hari lalu. Di Brunei saya ada kawan-kawan yang boleh membantu, pengurus studio pun banyak beri tunjuk ajar.


"Dah lama saya berhasrat untuk buat lagu bagi perniagaan saya ini. Tapi di Malaysia kos buat lagu sangat mahal mencecah harga RM15,000. Saya rasa membazirlah," tambahnya.


Zarina juga akui tiada niat untuk mengejar populariti sebaliknya dibuat sebagai medium untuk mempromosikan perniagaan miliknya.

#Zarina Zainuddin #Netizen #Komen