Laman Utama

“Kena Hormat, Faham Budaya Bangsa Lain” - Isu Pakaian Iban: Caprice Tegur & Hubungi Ryzal, Ramai Ucap Terima Kasih

gempak
Mya Amri
27/05/2021
08:45 MYT
Sponsor Banner
“Kena Hormat, Faham Budaya Bangsa Lain” - Isu Pakaian Iban: Caprice Tegur & Hubungi Ryzal, Ramai Ucap Terima Kasih
Penyanyi rap, Caprice mengulas mengenai isu personaliti media sosial iaitu Ryzal Ibrahim yang didakwa mempersendakan pakaian tradisonal Iban.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Caprice memberitahu dia telah menghubungi Ryzal sebaik sahaja mengetahui tentang video berkenaan.
Kata Caprice, sebagai rakyat Malaysia kita perlu memahami dan menghormati ada budaya pelbagai kaum di negara ini.
“Perkara pertama yang saya buat adalah menelefon Ryzal dan saya jelaskan kepadanya. Bukan hanya kepada Ryzal tetapi seluruh negara yang kita memang kena sentiasa hormat dan jaga sensitiviti.
“Rajin faham bangsa lain, agama lain dan juga pelbagai budaya yang ada di Malaysia. Siapa ingat lagi iklan Cuti-Cuti Malaysia dan antara perkara yang utama yang diketengahkan adalah kostum tradisional Sarawak.
“Kepada artis dan personaliti media sosial, selaju mana kita membuat konten untuk Tik Tok ke YouTube kea tau Instagram, maka selaju itu jugalah kita kena mohon maaf bila kita buat silap. InsyaAllah,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan terima kasih kepada Caprice terutamanya dari Sarawak kerana mengetengahkan isu berkenaan.
Terdahulu, Ryzal pada Rabu telah berkongsi sepotong video merakamkan gelagat isterinya Maryam yang sedang bersiap-siap mengenakan pakaian tradisional suku kaum Iban yang terkenal di Sarawak.
Tindakan spontan Ryzal yang mengatakan busana tradisional itu seperti kain meja, alas televisyen tahun 70-an dan kain buruk mesin basuh telah mencetuskan ketegangan dan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial.
Bagaimanapun, Ryzal tampil membuat permohonan maaf di Instagramnya dan menutup ruangan komen.
Malah Faye Kusairi dan Sharnaaz Ahmad antara selebriti yang meluahkan kekesalan terhadap video biadab yang dimuatnaik oleh personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim yang popular dengan saluran Duriankimchi.
BACA: Faye Kusairi, Nana Sheme, Sharnaaz Ahmad Kesal Ryzal 'Duriankimchi' Gelar Pakaian Iban Kain Buruk & Alas TV!
Ryzal sebelum ini pernah terpalit dengan penulisan komen kualiti kerjaya peguam susulan kes mahkamah Neelofa minggu lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live