Pemilik butik fesyen terkenal Leeyana Rahman, Yana Lee dikecam netizen selepas menghadiahkan suaminya, Muhamad Hafiz Abdul Hamid sebuah beg berjenama antarabangsa, Christian Dior.

Hadiah itu diberikan bersempena dengan ulang tahun kelahiran Hafiz yang disambut semalam (24 Mei).

"Happy lockdown birthday kepada suami saya @hafizhamids. Sebab dah makin tua, jadi dah makin lupa tarikh-tarikh penting terutama hari lahir suami. Pukul 10 malam semalam baru ingat pastu cepat-cepat plan.

"Semoga semakin murah rezeki and semakin pemurah dengan isteri haha," tulisnya sebagai ucapan.

A post shared by LEEYANARAHMAN / YNALEE BEAUTE (@yaana.lee)


Menerusi ruangan komen, Yana menjelaskan yang beg itu sudah dibeli sebelum timbulnya konflik antara Palestin dengan Israel.

"@nurulsyuhaidahmustafa: Buat baju Palestin tapi sokong Dior.

"Hadiah ini sebelum isu Palestin dan Israel sis," balas Yana.

Sementara itu, ada juga pengikut yang berpendapat agar tidak terus membuang barangan dari Israel sekiranya sudah terbeli.

"Bagi saya kalau dah terbeli barangan Israel jangan buang guna ja sebab kita dah beli. Cuma selepas ini kita perlu semak barang itu dari mana.

"Sebab kita pun dulu sebelum media kempen boikot barangan Israel Ini kita pun tak tahu ada barangan yang dari Israel. Contoh macam Nestle. Saya rasa ramai beli Nestle tapi tak sedar itu dari Israel.

"Jangan kutuk orang tapi semak barangan dalam rumah kita. Takut-takut kita pun telah terbeli barangan Israel," tulis individu terbabit.

Terdahulu, ketegangan antara Palestin dan Israel kian memuncak selepas rejim Zionis itu bertindak ganas memukul dan mengusir umat Islam yang sedang bersolat di Masjid al-Aqsa pada 8 Mei lalu.