Maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS tidak ambil hati dengan komen-komen negatif yang ditujukan kepadanya.

Sebaliknya Datuk Ramli atau lebih dikenali mesra dengan panggilan Tok Ram ini mempunyai cara tersendiri untuk berhadapan dengan komen-komen berkenaan.

Menerusi episod keempat Sedapur Bersama Tom Ram kali ini, Tok Ram berkongsi serba sedikit mengenai pengalaman tersebut.

Tok Ram mengatakan sentiasa bersikap rendah hati dan menerima kritikan agar dapat memperbaiki untuk menjadi lebih baik.

Tambah Tok Ram lagi apa yang penting adalah selalu bertolak ansur dengan orang lain.

Selain kisah kehidupan, episod kali ini juga bersiaran bersama tetamu jemputan paling kecoh iaitu Vicha dan juadah istimewa yang disediakan pula adalah Gulai Lada Hitam Ikan Pari.

Kali ini Tok Ram berkongsi tips untuk mengelakkan bau hanyir ikan.

Tipsnya? Rendam ikan dengan asam dan garam selama lebih kurang setengah jam.

Dalam pada itu, Vicha juga mengakui banyak belajar teknik-teknik masakan terbaharu daripada Tok Ram.

Jangan lupa Saksikan Sedapur Bersama Tok Ram yang ditayangkan pada setiap Khamis, pukul 9.00 malam di NAURA (saluran 109).