Pelakon dan penyanyi Didi Astillah, 25, terkejut apabila menerima satu mesej rantaian yang berbaur ugutan dan makian daripada individu yang tidak dikenali identitinya pada Isnin.

Menurut Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah berkata dia tidak tahu sebab yang mendorong pengirim itu berbuat sedemikian.

"Astaghfirullahalazim.. terkejut bila nampak direct message (DM) ni. Macam yang korang nampak post kat Instagram, saya terima satu DM daripada seorang perempuan.

"Marah-marah, maki dan bagi kata kesat.. ugut hantar gambar pisau. Pada yang bertanya sejujurnya saya tak kenal dia (pengirim).

"Apa motif dia saya tak tahu, kenapa dia marah sangat?" katanya menerusi Instagram Stories.

Menerusi mesej yang dihantar, individu terbabit mendakwa Didi mempunyai hubungan dengan lelaki yang bernama Aiman Aziz.

Lebih menakutkan, Didi menerima foto sebilah pisau dan individu berkenaan memberitahu akan membalas dendam.

"Saya tanya jawab la Didi Astillah. Awak dengan Aiman Aziz ke? Apa motif Aiman dengan awak?

"Allah swt selalu ada takpa kalau awak berdua bersama, cakap dengan Aiman berdosa besar main-main orang good luck for you all.

"Eh perempuan jangan ingat kau seksi sana sini, kau kaya boleh berlagak! Hidup tak lama tahu..perangai macam sampah! Murahan!" tulis individu itu.

A post shared by DA (@didiastillah)


Dalam pada itu, adik kepada pelakon Bella Astillah nekad untuk membuat laporan polis selepas selesai tuntutan kerjanya di set penggambaran.

Malah, pelantun lagu Fikirkan Kamu juga mempunyai foto individu itu yang diambil daripada akaun media sosial.

"Tolong jangan fikir saya tak boleh ambil tindakan dan awak suka-suka ja bagi saya kata-kata macam ni.

"Atas apa yang dia buat saya akan ambil tindakan cuma sekarang masih di set penggambaran lagi, insya-Allah lepas ni akan buat laporan. Saya sendiri ada gambar muka dia yang diambil daripada sosial media," katanya lagi.