Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kena Marah Dengan Datuk K Dagu Aafiyah Berjahit, Siti Nurhaliza Terus Buang Skuter Yang Dibeli

Syafiqah Jalal
12/02/2023 04:12 MYT
“Selepas kejadian saya terus buang skuter tersebut kerana takut terjadi kepada Afwa pula,” kata penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas mendakwa dia dimarahi suami, Datuk K selepas anak sulungnya Siti Aafiyah jatuh skuter sehingga dagu terpaksa dijahit.

Siti Nurhaliza mengulas mengenai kejadian puterinya, Aafiyah jatuh skuter pada minggu lalu dalam satu siaran langsung yang dilakukan di laman Instagram.

Mengimbau cerita mengenai tragedi itu, Siti memberitahu dia terdengar anak perempuannya meraung dan menangis ketika sedang bersiap-siap untuk menghadiri acara.

"Sebenarnya sudah lama saya beli skuter tersebut dan kerap juga Aafiyah bermain tetapi hari itu memang ditakdirkan dia terjatuh.

"Masa saya tengah bersiap saya dengar suara Aafiyah menangis meraung kesakitan.

"Saya turun tengok dagu dia, yang ini mesti kena jahit ni sebab dalam. Nasib baik tak panik tengok darah," ceritanya.

Namun kejadian berkenaan telah membuatkan Datuk K marah kepadanya kerana membenarkan anak bermain skuter tanpa memakai alat pelindung keselamatan.

“Reaksi Datuk K apabila Aafiyah terjatuh skuter pada hari itu memang (buat) saya kena marahlah.

“Tetapi saya senyap sahaja sebab sedar (insiden) berlaku atas kesilapan saya juga.

"Sebelum Aafiyah main, dua hari sebelum tu dia (Datuk K) dah pesan jangan bagi anak main. Tak ada safety tu, tak pakai topi keledar," kongsinya.

Selepas kejadian itu, dia terus membuang skuter tersebut kerana bimbang kejadian yang sama akan berulang pada anak lelakinya, Muhammad Afwa yang berusia hampir dua tahun.


#Siti Nurhaliza #Siti #Jatuh #Aafiyah #Jahit #Buang #Skuter
;