Aktres Salina Saibi berkongsi babak lakonannya yang paling mencabar di dalam filem Penunggang Agama 2.

Menurut Salina yang memegang watak sebagai Puan Huda, isteri kepada arwah Pak Haji, dia perlu menjerit sekuat hati dalam satu babak yang menakutkan.

“Babak semasa Puan Huda perlu menjerit sekuat hati sebab dia perlukan satu tenaga yang sangat tinggi, dah macam orang nak beranak dah.

“Itu adalah cabarannya sebagai seorang pelakon tapi kita buat je apa yang pengarah nak. Semuanya berjalan dengan lancar dan saya dapat jayakan watak ni,” kata Salina menerusi program Di Sebalik Tabir Penunggang Agama 2.

Tambah Salina lagi, dia berterima kasih kepada pengarah Syafiq Yusof yang memberi kepercayaan kepadanya untuk membawa watak antagonis.

“Saya rasa berbesar hati, terharu dan berbangga juga sebab diberi kepercayaan oleh seorang pengarah yang tersohor, jadi terima kasih memang saya enjoy sangat shooting walaupun kita back to back sampai pagi tapi saya rasa ini satu pengalaman yang sangat hebat,” jelasnya lagi.

Selain Salina, filem sekuel ini dibintangi pelakon hebat seperti Zul Ariffin (Amir), Azira Shafinaz (Anna), Tony Eusoff (Father Michael), Johan As’ari (Hafiz), Dato’ Rahim Razali (Datuk Fawwas), Anna Jobling (Anak Datuk Fawwas), Puteri Nurqaseh (Sarah), Burhan Sidqi (Bakhtiar) dan Sharifah Aisyarha (Anim).

Penunggang Agama 2 mengisahkan rentetan Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama.

Sementara itu, Amir mula obses dengan kerja sampingannya, iaitu merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana ganjaran lumayan yang diterima.

Kehebatan Amir dalam menyembuhkan pesakitnya juga turut tular di media sosial dan itu membuatkan dia semakin selesa dengan gelaran Ustaz.

Kehadiran seorang paderi bernama Father Michael telah mencabar ego dan kredibiliti Amir.

Saksikan filem Penunggang Agama 2 yang akan berada di Astro First bermula 19 Oktober 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang.

Selain itu, bagi mereka yang ingin menonton Penunggang Agama 1, boleh juga melanggan dua koleksi filem tersebut di Astro First secara kombo (Penunggang Agama 1 dan Penunggang Agama 2) dengan satu harga istimewa RM19.90.