Kejam! Itulah perkataan sesuai menggambarkan kelakuan pelakon Raja Azura menerusi drama bersiri Jujurlah Nikahi Aku.

Tidak cukup dipukul, Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku yang memegang watak Mak Azah membaling dan melumurkan tepung gandum yang telah dibancuh ke wajah Nurin.

#jujurlahnikahiaku ...makin hari makin menjadi jadi....mak azah niii dah kenape? 7mlm #astroria104 ria hd....siapa lah yg boleh tolong nurinn. @uyainaarshad ....#nampakkk #okbaii #kannnn Khas buat tontonan @reza_zakarya_daa Arahan @rashidsibir @ariezaharieproduction @ritanadira_ @seanlje @amar_asyraf Zaidi omar S.shahlan Hamidah wahab ??❤❤❤

A post shared by YM Raja Azura @ K.E (@raja_azura) on


Tindakan Kak Engku mendera pelakon Uyaina Arshad yang membawakan wanita mempunyai kecacatan bahagian jari, Nurin mengundang rasa sakit hati penonton.

“Geram! Jahat sangat mak Azah ni benci tau” komen @ziefauziah

“Sedih tengok Nurin, rasa-rasanya kalau jumpa mak Azah tak nak tegurlah sebab geram tengok dia buat Nurin macam tu,” tulis @aidashamor.


Selain Raja Azura, drama tersebut juga dibintangi Sean Lee, Uyaina Arshad, Zaidi Omar, Rita Nadira dan Amar Asyraf.

Saksikan Jujurlah Nikahi Aku, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).