Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kena Reject Crush, Mulut Laser, Ini Top 5 Karakter Dari Hantu Raya Pergi Perang Paling Relatable

Mya Amri
12/08/2022 08:24 MYT
Korang dah layan Hantu Raya Pergi Perang ke? Kalau belum, korang kena layan sekarang juga, sebab series sooka Originals ekslusif ni sangat-sangat onz!

Hantu Raya Pergi Perang arahan Wan Hasliza dan Wan Alak ini mengisahkan tentang Kadir Osman, seorang penghuni Kampung Geliga yang membuat keputusan untuk mendapatkan hantu raya daripada Pawangis untuk meluahkan perasaannya kepada Manisah dan selamatkan kampungnya dari ancaman.

Boleh dikatakan pelbagai kejadian mistik dan pelik berlaku di Kampung Geliga, makin lama makin seronok pula tengok penduduk Kampung Geliga gigih nak selesaikan masalah di kampung mereka ni.

Ha! Cakap mengenai penduduk Kampung Geliga, ini antara karakter dalam Hantu Raya Pergi Perang yang sangat-sangat relatable dengan kita, rakyat Malaysia ni tau.

1. Hun Haqeem sebagai Kadir Osman

Kadir Osman ini merupakan satu karakter yang boleh kita anggap sebagai seorang major loser. Sudahlah dia ada never ending crush dekat si Manisah, dah tu siap kena reject beratus kali pun tetap nak suka. Eh tak fahamlah!

Bapak dia si Osman Buaya ini pula tak suka dekat si Kadir ni. Malang sungguh eh nasib Kadir ni. Tapi benda yang paling relatable sekali tentang Kadir ni adalah dia sebenarnya seorang yang sangat-sangat sweet, caring dan full of love to give gitu.

Dia sayang dekat mak, dia suka lepak dengan Kekwa dan selalu kongsi masalah dia dengan Kekwa. Sama macam dalam hidup, walaupun kita tengah down atau ada yang tak kena, kita still ada orang tersayang.

2. Sharifah Sakinah sebagai Manisah

Manisah satu lagi karakter yang sangat-sangat relatable dengan kita semua. Manisah ni kira macam ‘material girl’ lah dekat Kampung Geliga.

Manisah ni anak kepada Penghulu Jarjis, kerja dia peguam dekat KL, handle projek-projek berbilionz ringgit. Very material girl gitu.

Tapi kenapa dia relatable? Sebab walaupun dia hot, rich and smart. She’s also someone yang sangat-sangat masuk air dan masih mementingkan kehendak orang lain daripada diri sendiri.

Walaupun dia selfless, she’s very stern with her beliefs and will never back down from what she thinks is right. Sangat-sangat girl empowered ya! Mesti korang ada kawan yang girl boss macam dia kan?

3. Nadine sebagai Kekwa

Kekwa ni pula adalah karakter yang agak misteri tau sebab selain selalu pakai baju sekolah, kita tak pernah nampak pula dia pergi sekolah hmm.

Namun karakter Kekwa ni sangat menarik. Walaupun selalu bagi kata-kata hikmah yang macam mak cik dan pak cik kita suka hantar dekat group WhatsApp tu tapi kata-kata Kekwa ni sangat deep dan membantu.

Dia selalu tolong Kadir bila dia cerita masalah dekat Kekwa. Sweet sangat tau diorang punya relationship, macam adik-abang sangat-sangat. Kekwa ni juga sangat laser ya mulut dia, sekali dia cakap mau sentap semua orang.

Tapi kita memang bertuah kalau kita kenal someone macam Kekwa yang bersifat bijaksana dan berfikir dengan tenang dalam menghadapi segala permasalahan.

4. Rashidi Ishak sebagai Osman Buaya

Osman Buaya ni adalah ayah kepada Kadir Osman, dia pula jenis bapa-bapa super macho super manly yang kita biasa tengok dalam kalangan masyarakat. Karakter dia ni relatable sebab kita akan selalu ada seorang yang macam ni dalam keluarga kita.

Dia punya cerita tu macam senang je, semua benda nak tokok tambah. Lawan buaya lah, lawan singa lah, angkat bangunan lah, eh macam-macam lah. Sangat toxic masculinity bak kata budak-budak sekarang gitu.

5. Allahyarham Adibah Noor sebagai Datuk Null

Haaa finally kita memperkenalkan karakter villain drama ini iaitu Datuk Null yang dilakonkan oleh Allahyarham Adibah Noor.

Karakter ini merupakan seorang Datuk yang ala-ala Datuk Megah Holdings. Sukakan duit, keuntungan dan sanggup buat apa sahaja untuk dapat wang guys!

Dia sebenarnya manipulatif dan tak hormati masyarakat kampung. Tapi dia sangat-sangat relatable sebab kita semua sukakan duit dan keuntungan, betul tak?

Tapikan, Datuk Null ni bergaduh dengan penduduk Kampung Geliga tau, untuk apa? Eh nak tahu kenalah tengok ehek!.

By the way, korang tahu tak episod 1 sampai 3 sekarang dah boleh dilayan secara PERCUMA je dekat aplikasi sooka!

Apa tunggu lagi, pergi la layan sekarang, lepas dah layan jangan lupa pulak untuk melanggan pelan VIP sooka untuk strim semua episod-episod seterusnya tau.

Korang boleh layan puas-puas di smart TV jugak tau dengan pelan VIP TV serendah RM42.50 sebulan*!

Sooka ni bukan sahaja tayangkan Hantu Raya Pergi Perang, sebab langganan pelan sooka VIP TV turut membuka akses kepada semua kandungan premium di bawah pelan VIP+Sports dan VIP Entertainment macam live sports, drama, komedi dan macam-macam lagi.

Sekarang pelan sooka VIP+Sports sedang ditawarkan dengan harga promo serendah RM20.95/sebulan sahaja tau!

Untuk mendapatkan maklumat atau perkembangan terkini, jom follow sooka di Facebook (sooka Malaysia), Instagram (@sookamalaysia), dan YouTube (sooka malaysia).

*Tertakluk pada terma dan syarat.

#Top 5 #Hun Haqeem #sooka #Sooka Malaysia #Hantu Raya Pergi Perang #Top 5 Karakter #Sooka Originals