Berita
Kena Serangan Asma Selama Seminggu, Dayah Bakar Masuk Hospital
Pengacara Nur Hidayah Datuk Abu Bakar dimasukkan ke hospital akibat mengalami serangan asma sejak seminggu lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Dayah memohon orang ramai supaya mendoakan agar dia segera sembuh daripada penyakit yang dialami.
"Pohon doa kalian semua, Dayah kembali sihat dan ceria seperti biasa. Salam sayang," tulisnya.
Sementara itu menerusi IG stories, Dayah memaklumkan bahawa dirinya memerlukan rehat yang cukup selepas mendapatkan rawatan di hospital.
"Dayah ok, dont worry. Dayah kena asthma attack, dah seminggu tak baik-baik. So In Sha Allah with proper rest and medication, Dayah akan sembuh. Doakan untuk Dayah ok," tulisnya.
Dalam pada itu, ruangan komen IG Dayah dihujani dengan ucapan peminat yang mendoakan supaya pegacara kesayangan mereka cepat sembuh dan mendapat rehat secukupnya.
Must-Watch Video