Kena Tampung Gaya Hidup Mewah Bekas Isteri, Robert De Niro Terpaksa Kerja Keras Di Usia Lanjut

Maliah Surip
April 22, 2021 14:20 MYT
Hidup aktor legenda Robert De Niro saat ini dalam keadaan yang kurang baik.
Pada usia 77 tahun, legendaris yang cukup sinonim dengan filem The Godfather part 11 ini masih perlu bekerja keras.
Menurut laporan The Times, bintang kelahiran Itali ini masih perlu bekerja sehingga enam hari seminggu selama 12 jam setiap hari bagi memastikan beliau memperoleh pendapatan yang dapat menampung gaya hidup mewah bekas isterinya, Grace Hightower.
Hal itu didedahkan oleh peguam De Niro, Caroline Krauss, sewaktu tampil secara virtual dalam sidang perbicaraan perceraian De Niro dan Hightower pada Jumaat lepas.
"Encik De Niro sudah berusia 77 tahun. Beliau memang mencintai pekerjaannya, tetapi untuk bekerja keras pada usia ini kerana terpaksa adalah hal yang tak sepatutnya.
"Bila beliau akan berhenti? Apabila ada projek yang 'datang' beliau terpaksa ambil dan
memaksanya bekerja 12 jam sehari dengan 6 hari setiap minggu untuk menampung gaya hidup bekas isterinya, Hightower yang sentiasa inginkan Stella McCartney (jenama mewah)?" kata Krauss.
Menurut Strauss lagi, keadaan menjadi lebih rumit apabila De Niro hampir hilang punca pendapatan kerana pandemik COVID 19. Beliau juga mengatakan berhadapan masa sukar terutama kewangan apabila beberapa restoran Nobu dan Hotel Greenwich miliknya ada yang ditutup kerana kesan pendemik sekaligus mengalami kerugian yang cukup besar.
Dalam masa yang sama, Hightower yang sebelum ini meminta duit belanja bulanan sebanyak RM206 ribu telah menaikkan kadar tersebut kepada RM412 ribu dengan alasan 'kegawatan ekonomi'.
"De Niro boleh jatuh sakit esok dan 'pesta' pun terakhir," tambahnya lagi.
Aktor yang juga penerbit itu turut hadir dalam persidangan yang berlangsung secara virtual itu.
Menurut rekod perjanjian perkahwinan mereka pada tahun 2004, aktor itu hanya perlu membiayai sekitar RM1 juta setahun apabila beliau memperolehi pendapatan sekitar RM61 juta atau lebih.
#Hollywood #cerai #Isteri #Aktor #77 Tahun #Grace Hightower #Robert De Niro