Hiburan

"Kena Tikam Belakang Dengan Kawan Sendiri..." - Alvin Chong Dedah Kisah Di Sebalik Lagu Tajam.

Badrul Hashim
10/04/2019
09:59 MYT
Pelakon dan penyanyi Alvin Chong mendedahkan kepada Hlive! bahawa single terbarunya yang bertajuk Tajam adalah berdasarkan kisah dirinya sendiri.
Ditemui HLive! ketika pelancaran baju raya Fattah Amin, menurut Alvin dia baru sahaja melancarkan video muzik untuk lagu Tajam tersebut.
"Inspirasi untuk lagu Tajam ini adalah kerana saya pernah dikhianati rakan sendiri.
"Tajam itu lebih kepada bermaksud kata-kata yang tajam. Ditikam oleh rakan-rakan sendiri dari belakang," jelas Alvin.
Menurut Alvin, kejadian berlaku ketika dia ingin melepak bersama rakannya itu yang juga merupakan seorang artis dan beberapa orang rakan lainnya.
"Kami merancang untuk melepak di kedai mamak tetapi saya datang lambat. Bila sampai, saya dengar dari belakang mereka bergosip tentang saya.
"Masa tu dia cakap saya dapat masuk industri sebab saya bertuah, bergantung pada rupa tapi tidak mempunyai bakat.
"Saya terdengar semua, tetapi bila saya duduk mereka buat-buat tak tahu," jelas Alvin.
Walau apapun, kata Alvin dia berterima kasih kepada rakannya itu kerana disebabkannya lahirlah lagu Tajam ini.
"Kami masih berkawan, tetapi tidak lagi serapat dulu," tambah Alvin lagi.
Untuk video muzik Tajam pula, Alvin ingin mencipta kelainan iaitu dalam bentuk suspense dan psiko.
Untuk berita hiburan yang padat dan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Tak Berkenan Tengok Alvin Chong Pakai Macam Androgini - "Maaf, Tak Sesuai Dengan Awak"

gempak
05/03/2024
04:55 MYT
Korang tak faham fesyen...
Laman Utama

“Saya Terjaga Dalam Keadaan Menangis “ - Alvin Chong

gempak
02/10/2023
11:50 MYT
Sampai menangis ya...
Laman Utama

Alvin Chong Ada Sebab Tak Dapat Teruskan Amalan Berpuasa Tahun Ini - “Bukan Disebabkan Saya Sakit Tapi…”

gempak
19/04/2023
07:50 MYT
Tak apa, tahun depan boleh cuba lagi puasa.
Laman Utama

"Kereta Satu-Satunya Zon Selamat & Selesa Saya" - Alvin Chong

gempak
14/12/2022
07:50 MYT
Kenapa tu?
Laman Utama

[VIDEO] “Lah Kata Dah Clash?” - Netizen Pelik Tengok Janna Nick & Dini Schatzmann Muncul Dalam Video TikTok Alvin Chong

gempak
20/11/2022
03:50 MYT
Berpisah ke masih bersama?