Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kenakan Bayaran pada Tetamu, Majlis perkahwinan Ini Dikecam Netizen - “Kenduri Ni Sebenarnya Sedekah..”

Azwa Rahman
15/07/2022 10:09 MYT
Kalau dah nama pun majlis kenduri kahwin, mengapa perlu dikenakan bayaran pada tetamu yang hadir?

Tular di media sosial apabila sepasang pengantin mengenakan bayaran untuk barisan tetamu yang ingin hadir ke majlis bahagia mereka.

Menerusi satu ciapan di Twitter, seorang pengguna memuat naik poster majlis perkahwinan yang bakal berlangsung Disember ini di sebuah hotel di Pulau Pinang.

Difahamkan, pengantin mengenakan bayaran RM50 untuk tiket masuk, RM50 untuk makanan buffet, RM20 untuk bergambar bersama pengantin, RM3 untuk buat permintaan lagu, RM5 untuk aktiviti karaoke dan hadiah untuk pengantin diberi diskaun 50%.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalam pada itu, pihak hotel terkenaan memaklumkan poster tersebut palsu kerana tiada majlis perkahwinan ditempah untuk majlis tersebut.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya berpendapat perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana ia melanggar tujuan melakukan kenduri.

This is the opposite of sunnah. Buat kenduri ni niat nak bagi orang makan tak kira la 100 pax ke 1000 pax ke. kalau pergi kenduri pun bayar baik ko kahwin dalam suki-ya,” ujar seorang wargamaya.

“kalau takde duit jangan buat. actually wedding ni kira sedekah je.. if you nak duit balik you buat bisnes la jangan buat wedding. ok bye,” kata seorang wargamaya.

“Cubalah buat tengok ramai tak datang. Ni nak kawin ke nak buat business? If this is being normalized it means manusia dah berada dalam kejahilan,” komen seorang wargamaya.

Don't do this guys, even this is fake pun janganlah ya, kenduri tu untuk bersedekah dan ikut kemampuan sahaja. Tak perlu buat di luar kemampuan, kalau mak ayah nk buat meriah mereka jelah keluarkan duit-duit lebih boleh pakai untuk lepas kahwin,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 15,000 tanda suka daripada warga TikTok.

#Pulau Pinang #Viral Twitter #Perkahwinan berbayar
;