"Kenal Dari Sekolah Lagi, Alhamdulillah Jodoh Kami Bersama" - Lan Solo Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-9

Asraf Aided
Disember 5, 2018 11:29 MYT
Penyanyi Lan Solo menyambut ulang tahun perkahwinan bersama isterinya Sheila Razlan pada hari ini.
Perkara itu dikongsi Lan menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Kami mula bercinta pada 5 November 1999, lama sangat kawan dan bercinta, dapat 'lampu hijau' dari keluarga terus kawin.
"Bertunang pula pada 25 Disember 2007 dan kahwin pada 5 Disember 2009.
"Kami kenal dari zaman sekolah lagi, alhamdulillah jodoh kami bersama, happy anniversary sayang," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Lan mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan hubungan mereka berdua.
#Lan Solo