Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kenal Sejak Tahun 2010, Zoey Sifatkan Zarina Anjoulie Sebagai Kawan Yang Baik Hati - "Kami Saling Menasihati Satu Sama Lain"

Zulaikha Yusof
14/07/2021 00:45 MYT
Pelakon Zoey Rahman, 36, menyatakan dia mula mengenali aktres Zarina Anjoulie, 34, sejak membintangi filem Lagenda Budak Setan pada tahun 2010.

Menurut Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman berkata mereka pernah terputus hubungan namun kembali rapat selepas bertembung di sebuah klinik pada Mac lalu.

Jelasnya, kemesraan antara dia dan Zarina hanya sekadar kawan rapat sahaja bukan seperti yang diperkatakan dalam kalangan netizen.

"Kami kenal dah lama sejak 2010 dan selepas itu lost contact... tapi ada la sekali sekala tegur di Instagram. Lagipun sebelum ini dia sibuk dengan kontroversi, saya tak nak kacau.

"Kebetulan sekitar bulan Mac lalu, kami bertembung di sebuah klinik setelah sekian lama tak bertemu. Ketika itu, kami bertukar nombor telefon dan sehingga kini masih berkawan baik," katanya.

Ditanya mengenai keperibadian Zarina, ini jawapan Zoey yang juga merupakan seorang usahawan kosmetik.

Kata pelakon drama Mat Rukun, dia menyifatkan pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah sebagai seorang wanita yang baik hati dan jujur.

"Nampak saja Anju seorang yang loud tapi kalau kenal dia lebih rapat, dia seorang yang jujur dan baik hati.

"Sebagai kawan, kami saling menasihati satu sama lain," katanya lagi.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila hubungan Zarina dan Zoey dikatakan semakin rapat dan sedang asyik dilamun cinta.

Perkara itu mula disedari netizen selepas kedua-duanya sering melakukan Instagram Live (IG Live) sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanapun, Zarina membuka mulut dengan menyatakan hubungan mereka sekadar kawan.

BACA: Betul Ke Tengah Hangat Bercinta Dengan Zoey? Ini Jawapan Zarina Anjoulie!
#Zarina Anjoulie #Zoey Rahman #IG Live #Kawan Rapat
;